Akhil Hayy dengan siapa?

2009 July 5
by Borak Sakan

SEJAK si isteri mengesahkan gosip suaminya dengan penyanyi Waheeda, ramai yang memerhatikan gerak-geri Akhil Hayy yang dipanggil ustaz.

AKHIL HAYY



Malah seorang pembaca Diva menelefon kononnya dia ternampak si Akhil dengan seorang wanita di dalam sebuah kereta Nissan Murano di tempat letak kereta pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata sumber Diva, perempuan tersebut menyembunyikan diri dengan menundukkan kepala bila sedar dirinya diperhatikan. Kemudian, mereka cepat-cepat beredar.

Satu sumber lain pula mendakwa dia nampak Akhil dan Waheeda minum di sebuah restoran yang agak terkenal di Ampang pada pukul 3 pagi. Cuma katanya, dia tidak fikir yang bukan-bukan kerana mungkin mereka sedang lapar.

Diva diam sahaja. Nampaknya memang ramai yang prihatin dan mengharapkan jawapan yang jujur daripada Akhil dan Waheeda.

2 Responses leave one →
  1. 2009 July 6
    puteriaquarius81 permalink

    boring bc citer dia ni..

  2. 2009 July 6
    jelita permalink

    Tak abis2 ke citenyer..bosan tol..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS