Skip to content

Mat Rempit lebih bahaya dari selsema babi

22 May, 2009

Isu mat rempit tidak pernah kunjung padam dibicarakan oleh masyarakat sama ada di kota mahupun di bandar kecil,hatta di kampung-kampung.Ia menjadi satu penyakit sosial yang merebak secara menyeluruh dan menyerang minda muda-mudi kita di segenap pelosok negara tanpa kawalan dan pemyembuh lagi.

Ia mungkin lebih merbahaya daripada virus selsema babi jika dilihat dari segi kepantasannya merebak dan angka kematian yang dicatatkan setakat ini.

Melihat keberanian mat rempit memecut laju sambil melakukan aksi meniarap dan berdiri di atas motorsikal,jelas membayangkan kepada kita bahawa mereka pasti ditimpa kecelakaan kerana menunggang dan memboncang motosikal dalam keadaan yang amat berbahaya.

Alangkah ruginya apabila jiwa dan jasad seorang remaja yang mempunyai kudrat dan keberanian seumpama itu mati sia-sia di jalan raya.Lebih membimbangkan lagi ialah nyawa orang lain yang tidak berdosa turut terancam akibat perbuatan mereka.

Persoalannya,apakah kita telah mengambil langkah sedaya upaya bagi mengatasi masalah ini? Rasanya taidak cukup dengan hanya melakukan sekatan jalan raya oleh polis pada masa-masa tertentu sahaja dan membuat tangkapan beberapa orang daripada kumpulan besar mat rempit pada setiap kali operasi dijalankan.

Kesannya tidak begitu memberangsangkan,bahkan ia telah mewujudkan suatu suasana kesoronokan kepada geng mat rempit kerana menjadikan sekatan jalan raya sebagai cabaran dan ukuran kepada kehebatan mereka jika dapat menembusinya.

Kita sebenarnya memerlukan suatu tindakan yanga lebih drastik dan holistik bagi membanteras kegiatan merempit daripada terus berleluasa.

Bercakap mengenai isu rempit, kita tidak dapat lari daripada membincangkan dua komponen utama iaitu manusia dan mesin.Semua punca daripada kedua-dua komponen ini boleh membawa berlakunya gejala merempit yang perlu disekat dengan apa cara sekalipun.

Ini termasuk menggubal undang-undang khas melibatkan kesalahan yang membabitkan pengubahsuaian kenderaan bermotor tanpa kebenaran pihak berkuasa dan larangan penjualan alat ganti kenderaan yang boleh mengakibatkan penyalahgunaan kenderaan bermotor tersebut.

Selain itu,pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan ke atas kedai aksesori motosikal dan bengkel motosikal bagi menjamin tiada sebarang kegiatan pengubahsuaian motosikal secara haram dilakukan di premis mereka.

Permohonan memperbaharui lesen juga perlu mematuhi syarat khas untuk memastikan tiada sebarang alat ganti tidak sesuai dijual di premis mereka.Perkara ini mungkin kedengaran begitu leceh dan menyusahkan,tetapi inilah tempat dan punca sebenar wujudnya motosikal yang digunakan untuk merempit.

Selain itu,tumpuan utama juga hendaklah diberikan kepada usaha mendidik generasi muda secara berterusan agar berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Perkara ini hendaklah disertai dengan pemantauan yang berterusan dari ibu bapa dan ahli keluarga.

Setiap mat rempit berasal dari keluarga tertentu,jika setiap keluarga mengawal pergerakan ahli mereka terutamanya golongan remaja,lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai motosikal dan dilihat berpotensi menyalahgunakan motosikal tersebut untuk merempit,maka mereka boleh mengambil langkah awal menyekatnya daripada berlaku.

Pemantauan begini dapat membantu pihak berkuasa menangani budaya merempit daripada terus berleluasa daripada kita asyik merengus apabila budaya merempit terus dipaparkan di media massa.

Apakah masalah sebenar mereka sehingga sanggup menjerumuskan diri ke dalam kecelakaan?Tentunya kita tidak menyalahkan motosikal.hehehe…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: