Skip to content

Kepentingan solat Jumaat

23 May, 2009

FIRMAN Allah SWT dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),”.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan pentingnya menunaikan solat Jumaat kepada setiap umat Islam yang sudah baligh. Malangnya, pada zaman ini ramai yang tidak mentaatinya, bersikap sambil lewa, malah ada yang meneruskan urusan harian seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Rasulullah SAW bersabda: “Menghadirkan solat Jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang cukup umur baligh,” (Riwayat An-Nasa’i).

Tanpa solat fardu lima waktu dan solat Jumaat, orang Islam akan runtuh sifat keIslamannya. Iltizam mereka terhadap syariat Islam pula menjadi luntur dan dengan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Rasulullah SAW turut bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan solat fardu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan,” (Riwayat At-Tabrani).

Oleh itu, menjadi tanggung jawab kepada ibu-bapa, guru serta pemimpin masyarakat berusaha memastikan anak lelaki, pelajar dan seluruh umat Islam tidak mengambil mudah amalan solat Jumaat.

Jumaat hari mulia dalam Islam dan ia dianggap penghulu segala hari. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berwuduk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi. Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia,” (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda baginda yang lain: “Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung di sisi Allah SWT. Maka lebih (mulia) daripada Hari Raya Fitrah dan Hari Eidul Adha,” (Hadis Riwayat Ahmad).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan lebih afdal daripada Jumaat,”.

Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat, hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah.

Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah SWT malah akan digolongkan bersama orang munafik. Orang munafik ini menurut firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah di dasar jahanam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: