Skip to content

Konsert Search ditunda…???

23 May, 2009

Penundaan itu tiada kaitan dengan penampilan atau muzik rock yang diketengahkan Search sebaliknya disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pengarah Art-Is At Work Sdn Bhd, Radin Shamsulkama berkata, dia mewakili penganjur dan Search memohon maaf kepada ribuan peminat legenda rock itu di atas penundaan berkenaan.

Katanya, pihaknya hanya dimaklumkan pada saat akhir mengenai pembatalan konsert itu petang kelmarin (Rabu).

“Walaupun keputusan ini amat mengecewakan Search, mereka menganggap kejadian sedemikian sebagai asam garam dunia hiburan dan berharap peminat mampu bersabar selain tetap memberi sokongan untuk beraksi pada 29 Mei ini.

“Mereka menjanjikan persembahan terbaik dan berharap persembahan itu nanti adalah yang terbaik dalam sejarah karier seni Search.

“Apatah lagi kali ini Search bekerjasama dengan kru teknikal seperti Teuku Asril selaku jurutera bunyi, Pipin Iskandar (pencahayaan) dan Hermawan Irwan (monitor). Mereka diketuai Harry Murti yang cukup berpengalaman dalam mengendalikan konsert mega kumpulan rock gergasi Indonesia antaranya Godbless, Slank, Dewa 19, Gigi dan Samsons.

“Bagi mereka yang sudah membeli tiket bertarikh 22 Mei, boleh menyimpan tiket itu dan menggunakannya pada konsert 29 Mei nanti di lakosi sama,” katanya.

Memilih Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 2 Mei lalu, sebagai lokasi pertama, diikuti Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru (Mei) dan Stadium Mini Jengka, Pahang (16 Mei), Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru tajaan Celcom (Malaysia) Berhad itu, mendapat sambutan hebat 8,000 penonton hampir di setiap lokasi.

Selesai pementasan konsert di Terengganu nanti, penjelajahan Search diteruskan pula di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV (5 Jun); Stadium Perpaduan, Kuching (27 Jun); Stadium Tertutup Miri (4 Julai); Kompleks Sukan Sandakan (11 Julai); Kompleks Sukan Tawau (18 Julai) dan Stadium Nasional Bukit Jalil (1 Ogos).

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: