Skip to content

Sultan Kelantan stabil

24 May, 2009

KOTA BHARU: Tahap kesihatan Sultan Kelantan semakin stabil selepas menerima rawatan daripada sepasukan pakar dari empat hospital sejak dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), 14 Mei lalu.

Pengarah HUSM, Dr Zaidun Kamari, dalam kenyataannya berkata, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dalam keadaan stabil tetapi belum pulih sepenuhnya.

“Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM pada 14 Mei lalu selepas mengadu mengalami masalah pernafasan, dan pemeriksaan mendapati dia menghidap sakit jantung.

“Baginda dirawat sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan Hospital Mt Elizabeth, Singapura,” katanya.

Dr Zaidun berkata, Tuanku Ismail Petra akan dibawa ke Hospital Mt Elizabeth untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Dia yang dihubungi untuk mendapatkan maklumat berhubung rawatan yang bakal dilakukan di Hospital Mt Elizabeth bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) HUSM, di sini, dipercayai akibat serangan lelah.

Baginda dikejarkan ke HUSM kira-kira jam 2.30 petang dan sehingga lewat petang 14 Mei lalu tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Kelantan berhubung status kesihatan baginda.

Bagaimanapun, pada 15 Mei lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengesahkan baginda dalam keadaan stabil selepas dua hari dirawat di Unit CCU HUSM.

Sejak dimasukkan ke HUSM, Tuanku Ismail Petra tidak putus-putus menerima kunjungan pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri.

Baginda turut diziarahi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi.

Pada 20 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menziarahi Tuanku Ismail Petra di HUSM dengan meluangkan masa setengah jam di hospital berkenaan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: