Skip to content

Amalan bertungku

25 May, 2009

Faedah
Mengecutkan rahim bengkak
Memecah lemak
Membuang angin dalam badan
Merangsang peredaran darah
Memanaskan badan

Kaedah
Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.

Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.

Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.

Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.

Perkembangan arus teknologi pada zaman ini telah memudahkan lagi proses bertungku ini. Kewujudan tungku moden atau charge up warmerbag iaitu sejenis tungku yang berbentuk bantal bayi yang kecil yang hanya dicas dengan elektrik selama 5 minit telah menghidupkan kembali amalan bertungku kebelakangan ini di kalangan masyarakat moden.

Tungku charge up warmerbag ini menjadi pilihan kerana penggunaanya amat mudah berbanding tungku tradisional. Akan tetapi penggunaanya tidak dapat menandingi kesan tungku besi dari segi keberkesanannya untuk mengecutkan rahim seepas bersalin.

Walau apa pun cara yang dipilih, sama ada tungku secara tradisional atau tungku moden amalan bertungku terbukti dapat membantu proses penjagaan kesihatan wanita.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: