Skip to content

Ke Makkah (umrah, haji) sudah, tapi masih dedah aurat

25 May, 2009

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Ada kalangan wanita menutup aurat tapi dalam masa yang sama memakai seluar ketat atau baju yang masih menampakan susuk tubuh mereka.  Ada yang menutup aurat tetapi masih bergaul bebas dengan lelaki ajnabi atau masih mudah bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram mereka.

Persolannya, apakah mereka menutup aurat kerana memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran atau sekadar fesyen atau meniru atau sekadar melepas batuk ditangga?  Kalau ini tujuannya, mereka masih terdedah kepada azab Allah atau masih jahil atau buta agama.

Perlu diingat, bagi isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untu memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.

Begitu juga si bapa yang reda anak-anak perempuan tidak menutup aurat juga termasuk dalam golongan lelaki dayus. Apatah lagi jika si isteri atau si anak perempuan bebas bersalaman dengan lelaki bukan ahram serta bergaul bebas.

Puak Kristian, setelah kalah dalam Perang Salib telah mengatur rancangan yang sungguh halus untuk merosakan akidah umat Islam.

Mereka tidak perlu mengajak umat Islam murtad dengan cara menukar agama tetapi mereka berjaya memurtadkan umat Islam secara halus dan secara tidak sedar, iaitu dengan cara meragukan syariat Islam di hati-hati umat Islam, mempersendakan syariat Islam, menolak perkara-perkara wajib malahan yang sunat pun ada kalangan umat Islam memperlekehkannya.

Mendedahkan aurat juga adalah salah satu kejayaan Barat merosakkan akidah umat Islam apabila ada umat Islam yang secara jelas sama ada melalui lisan atau perbuatan atau tindakan mempermain-mainkan hukum  menutup aurat secar terbuka dan jelas.

Perlu diingatkan, apabila terdapat pemimpin yang berapi-api kononnya bercakap tentang Islam, kononnya mempertahankan Islam, tapi dalam masa yang sama kita lihat isteri serta anak-anak perempuan sendiri pun menderhaka kepada Allah secara terbuka (dedah aurat) ketahuilah inilah yang dikatakan golongan fasik lagi munafik.  Orang begini tidak layak dilantik atau dipilih menjadi pemimpin kerana derhaka kepada Allah secara terang dan angkuh.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: �Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka.  Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang�.

Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, �Perempuan itu aurat.  Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia�. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?

Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.

Pelik pada zaman mutakhir ini, ada kalangan wanita kerap pergi menunaikan umrah (kali kedua dan seterusnya) sedang umrah itu hukumnya sunat, menutup aurat itu wajib. Jika mereka tidak melakukan umrah untuk kali kedua dan seterusnya, tidak akan ditanya oleh Allah, tetapi tidak menutup aurat akan diazab.

Mereka dahulukan yang sunat dan tinggalkan yang wajib.  Mengapa, kerana jahil, buta agama dan tidak mendapat hidayah.

Sabda Rasulullah s.a.w. �Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun�  (riwayat Muslim).

Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita  yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi �Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj ) dedah aurat dan berhias-hias).

Apa gunanya kita melakukan taubat dengan menangis, meratap, tetapi sebaik sahaja habis kita keluar rumah dalam keadaan menderhaka semula kepada Allah (dedah aurat atau bersalaman dengan bukan mahram).

Bukankah ini mempersendakan Allah namanya, maka azab bertambah berat kelak.

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi reda melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman.

Ini belum dikira dosa-dosa lain seperti memilih pemimpin atau pemerintah yang derhaka kepada Allah, melabur wang melalui pelaburan yang diragui halal akan pelaburanya (tidak diselidik secara terperinci), terlibat dengan riba, mendapat projek secara rasuah dan pelbagai lagi dimana semua ini menjuruskan kepada neraka Allah.

Sama-samalah kita insaf bagi mencapai reda Allah. Jumpa lagi, tajuk lain pula, insya-Allah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: