Skip to content

(Panas) Reaksi Waheeda mengenai gambar sosial’nya bersama Akhil Hayy

25 May, 2009


Lagi gambar-gambar sosial boleh refer entri ini.

TIDAK habis-habis lagi orang memperkatakan tentang hubungan sebenar penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dengan penyanyi popular, Waheeda.

Setelah membuat ‘gimik’ mereka sememangnya telah berkahwin yang mana sebenarnya ia hanya ‘lakonan’ di dalam program Cafe Akhil Hayy musim terbaru, kini kecoh pula isu gambar Waheeda dan Akhil yang sedang ‘bercanda’ di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang sedang tersebar luas di internet.

Beberapa keping gambar tersebut memaparkan rakaman aksi mereka di tepi pantai pada waktu malam. Malah, aksi ‘gembira’ Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan ‘istimewa’, tetapi masih ingin terus berahsia.

Ketika dihubungi, Waheeda hanya ketawa kecil sebaik diminta mengulas tentang isu gambar-gambar tersebut.

Dalam nada tenang, penyanyi yang melonjak namanya dengan lagu Wassini ini sudah dapat mengagak hal ini pasti akan menjadi ‘bualan’ ramai.

“Memang saya dan Akhil pernah ke pantai Port Dickson bersama-sama. Kami sebenarnya pergi beramai-ramai. Dan gambar-gambar itu diletakkan oleh Ramona di dalam laman web Facebook.

“Memang pada awalnya dia ada bertanyakan pada saya sama ada saya ‘ok’ atau tidak jika dia letakkan di dalam Facebook.

“Saya memang tiada masalah, malah Akhil juga tidak kisah. Salahkah saya keluar dengan Akhil dan rakan-rakan yang lain? Saya tak faham mengapa benda ini dibesar-besarkan sedangkan banyak hal lain di luar sana yang boleh dijadikan isu.

“Tetapi saya sudah malas nak ambil pusing dengan hal-hal seperti ini. Selagi saya tahu batasnya, itu sudah memadai. Terpulanglah kepada khalayak untuk buat persepsi sendiri,” kata Waheeda ketika dihubungi.

Menurut Waheeda, gambar itu dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.

“Saya baru habis ’shooting’ sebuah program ketika itu dan kemudiannya saya, Ramona dan dua orang lagi rakan teringin makan ikan bakar. Kami ajak Akhil sekali sebab memang rakan-rakan saya termasuklah Ramona juga sudah mengenali Akhil.

“Lagipun memang saya akui, Akhil dan saya berkawan baik. Dia mengenali rakan-rakan saya dan saya juga kenal beberapa orang rakannya. Jadi kami beramai-ramai pergi ke PD pada malam itu juga,” tuturnya.

Jelas Waheeda lagi, walaupun pelbagai tohmahan dan pandangan negatif akan dilemparkan terhadap dirinya dan penceramah yang sudah berumahtangga itu, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal tersebut, asalkan keluarga masing-masing tahu perkara yang sebenarnya.

“Orang memang tidak pernah berhenti bercakap tentang kami. Terpulanglah kepada mereka. Mungkin mereka tidak ada kerja lain nak buat dan sebab itu mereka ada banyak masa untuk berbincang tentang hal kami ini di internet.

“Lagi banyak orang bercakap tentang kami, lagi kami tidak kisah untuk bertemu secara terbuka di depan orang. Bukannya kami buat benda-benda yang tidak elok di luar,” katanya yang kini sedang menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy yang telah mula bersiaran di Astro Oasis, setiap Rabu, pada pukul 7.30 malam.

+ Sumber sebenar tidak diketahui | Terima kasih Daun Pandan Kampung

4 Comments leave one →
  1. Chentaku Fatyn permalink
    29 May, 2009 am

    adeh..
    ape nk jd la waheeda nih..
    nk dpt title perampas suami owg ke?
    lawa lg bini akil 2..
    hahaha…
    -no komen-

  2. jelita permalink
    29 May, 2009 pm

    hehehehe…tak leh gak ckp waheeda mcm 2.sebenarnyer same je 22 kalo tak tak jd la…ahaks

  3. 23 June, 2009 pm

    itulah manusia…tiada yang maksum. yang paling malu AKHIL la… dia kan selalu ceramah agama.

  4. 24 October, 2009 pm

    Chentaku Fatyn, kalo cantik x bermakne perfect…
    y penting, budi pekerti sesorang tu…

    seb baik dorang dah kawen skang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: