Skip to content

(Panas) Ulasan Akhil Hayy isu bercanda bersama Waheeda

25 May, 2009


Oh! Artis sebelum ini pernah mengeluarkan artikel dan gambar mengenai gambar-gambar Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda bersama 3 orang rakannya bersuka-suka di tepi pantai di Port Dickson. Kami juga telah keudarakan apa alasan Waheeda mengenai gambar tersebut dalam artikel yang lepas.

Hari ini, akhbar Kosmo pula telah berjaya menemuramah Ustaz Akhil Hayy melalui telefon untuk bertanyakan mengena isu gambar tersebut. Juga isu dari mana dia menerima gelaran Ustaz dan mengapa sebagai seorang ustaz, Akhil Hayy rela berambut panjang. Oh! Artis terus menguraikan gosip mereka di sini. Ikuti keratan akhbar dari Kosmo.

Bukan ana pegang si Wawa – Akhil turut jawab isu rambut rebonding dan gelaran ustaz – Via Kosmo

“DON’T wake up the sleeping dog,” pesan Akhil Hayy, 40, ketika ditanya perihal kontroversinya yang tidak pernah surut. Sememangnya penyanyi rock yang kemudian bergelar ustaz ini tidak habis-habis dikaitkan dengan penyanyi irama padang pasir, Waheeda, 31.

Mula-mula dikatakan bernikah secara senyap-senyap, kemudian menonton wayang pada tengah malam dan minggu ini, kecoh pula tentang gambar santai di tepi pantai.

Ia dikatakan gambar-gambar Akhil melepak dengan Waheeda di atas pasir bersama beberapa orang lagi yang wajah mereka telah dikaburkan.

Kononnya, mereka pergi makan ikan bakar di Port Dickson setelah habis penggambaran. Seorang lagi wanita dalam gambar itu didakwa seorang pelakon yang pernah hangat dengan aksi seperti seorang lesbian.

Bagaimanapun, Akhil yang dihubungi Sensasi Bintang semalam enggan memberi komen. Seperti biasa, dia tidak mahu mengiya ataupun menidakkannya.

“No komen, no komen. Ana (saya) tidak mahu cakap apa-apa. Cuma ana boleh katakan bahawa gambar itu diambil untuk adegan-adegan lakonan.

“Kalau ana cakap lebih-lebih orang boleh menyampah dengan ana,” ujarnya yang menganggap gosip dirinya dan Waheeda yang tidak pernah selesai merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.

“Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik,” ujarnya.

Akhil menambah: “Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?,” Akhil bertanya kembali.

Sampai bila agaknya orang akan terus bercerita, tanya saya. “Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.

“Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima,” terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.

“Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini,” kesalnya yang memang telah masak dengan lumrah hidup selebriti.

“Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi,” kata Akhil lagi.

Selain heboh cerita dia dengan Waheeda, ada juga yang mempertikaikan rambut lurus ala rebonding Akhil. Ketawa sahaja Akhil mendengarnya.

“Dulu rambut ana panjang, orang bercakap juga. Kalau nak tahu, rambut asal ana adalah kerinting. Jadi ana luruskan agar senang diurus. Ikut sunah Nabi, ana potong hingga ke paras bahu. ”

Akhil yang dipanggil Ustaz Rock ini mahu khalayak lebih menumpukan kepada rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan pada setiap Rabu pukul 7.30 malam di Astro Oasis.

Imbasnya, gelaran ustaz itu sudah diberikan sejak tahun 1986 tanpa pintanya. Itu jawapan bagi yang mempertikaikan bagaimana dia boleh dipanggil ustaz.

Gelaran itu, katanya, sudah sinonim dengan dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.

Sebelum mengakhiri perbualan telefon, Akhil menyeru agar umum tidak menghukum dirinya.

“Cukuplah dengan mengkritik, bukan menghukum kerana yang boleh menghukum hanya Allah. Bila ada bukti jelas, nyata dan terang maka barulah mereka (masyarakat) boleh bersuara dan menghukum.”

Perancangannya kini selain berdakwah melalui televisyen, Akhil dalam rangka menyiapkan album yang terkandung lapan buah lagu-lagu ketuhanan. “Semuanya sedang berjalan lancar,” katanya.

Harap apa yang didedahkan Akhbar Kosmo ini memadam semua tanggapan tidak elok kita semua kepada insan yang bergelar Akhil Hayy dan Waheeda. Kami juga baru tahu sunnah nabi untuk berambut panjang sampai ke bahu. Kami memohon maaf kepada Akhil Hayy secara peribadi di atas isu rambut seorang ustaz berambut panjang yang pernah ada di dalam entri baru-baru ini.

2 Comments leave one →
  1. raira permalink
    28 May, 2009 am

    ya,rambut nabi paras bahu.tapi..tapi ada tapinya.mengapa perlu meluruskan rambut yg asalnya kerinting?bukankah itu termasuk dlm bab mengubah kejadian ALLAH?

    • 28 May, 2009 am

      betul tu raira…mungkin ustaz ada alasan nya meluruskan rambut…kita serahkan sj pada Allah untuk menghukum samada alasan ustaz boleh diterima atau tidak..terima kasih raira kerana memberi komen di Borak Sakan…all d best ya!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: