Skip to content

Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut angkara BN

26 May, 2009

Pakatan Rakyat tidak mencari kemenangan pada pilihan raya hanya untuk mendabik dada, sebaliknya untuk membawa pembaharuan dalam urus tadbir yang mampu membela segenap lapisan rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk menumpaskan politik perkauman sempit UMNO-Barisan Nasional yang diselubungi rasuah dan penyelewengan kuasa. .

Justeru, bagi Pakatan Rakyat, tidak timbul soal enggan bertanding pada sesuatu pilihan raya atas kepentingan politik, Hadi memberitahu kira-kira 4,000 orang di Guar  Perahu, Permatang Pauh malam tadi. .

“Kepada kita, lawan tetap lawan. Menang pun kita lawan, kalah pun kita lawan. Kita sanggup rebah bangun dalam membela rakyat. Kita tidak mahu menjadi satu parti yang hanya bertanding jika ia menang sahaja, jika kalah, melarikan diri – parti oportunis yang hanya mencari kesempatan,”  tegas beliau.

Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihan raya kecil di Semenanjung semenjak pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Hadi berkata walaupun UMNO tidak bertanding, namun kesan angkara BN keatas masyarakat, ekonomi dan sistem kerajaan amat kuat dirasakan.

“Walaupun tidak ada calon BN dalam pilihan raya kecil ini, namun roh BN masih ada. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para pengundi dan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan demokrasi.

“Manusia ada hati dan nurani. Manusia tidak dapat disatukan dengan aspek ekonomi dan identiti kaum atau negara sahaja. Manusia hanya dapat disatukan jika pemimpin mereka adil dan mentadbir dengan cara yang sewajarnya,” tambah Hadi.

Hadi berkata kemenangan politik yang dicari oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk membawa negara keluar daripada kancah salah laku UMNO-BN.

“Parti yang lemah ini (UMNO-BN),  tidak mampu menangani masalah yang sedia ada. Pentadbiran yang penuh dengan penyakit rasuah, pilih kasih, dan yang paling malang tidak mampu menangani krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini.

“Hari ini mereka menonjolkan slogan 1Malaysia. Sebelum ini slogan mereka adalah bersih, cekap dan amanah. Bersih tak jadi bersih. Cekap jadi cekup, amanah jadi punah-ranah. Selepas itu Islam Hadhari…dimana Islam Hadhari?” tambah beliau.

One Comment leave one →
  1. DERAOH permalink
    16 June, 2010 pm

    KALAU DIBANDINGKAN DENGAN AKAL WARAS,KEIKHLASAN,TENANG DAN WAJAR MAKA PEMBANGKANG LEBIH BANYAK MEMBAWA KEBURUKAN DARI BN @ UMNO,TIADA SEKELUMIT PUN JASA PEMBANGKANG UNTUK RAKYAT,BANGSA DAN NEGARA MELAINKAN PERPECAHAN DAN ONAR….HAJI HADI DAN PEMIMPIN TERTINGGI PAS BOLEH MENAFIKAN JASA BN KERANA MEREKA INI TELAH KENYANG DAN SENANG DENGAN SEGALA KEMEWAHAN,HARTA DAN PANGKAT SERTA KEDUDUKAN YANG MEREKA PEROLEHI SETAKAT INI HASIL DARI KEMAKMURAN NEGARA YANG DIPERINTAH OLEH BN..TETAPI HAMBA RAKYAT MASIH MEMERLUKAN TEMPAT BERGANTUNG DAN MENGADU UNTUNG NASIB DEMI MASA DEPAN DAN KELESTARIAN HIDUP MEREKA…DENGAN PAS DEMI ALLAH DAN AMAT MUSTAHIL SEGALA INI DAPAT DICAPAI,PAS SEMEMANGNYA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN SEKELOMPOK MEREKA TERTERTU TIDAM MENYELURUH,HAMBA RAKYAT TIDAK MENDAPAT TEMPIAS NIKMAT KEMEKMURAN DENGAN PAS…RATA-RATA PEMIMPIN PAS KEKENYANGAN SEORANG MANAKALA HAMBA MARHAIN DIBIARKAN TERUS BERJUANG DAN BERTAKBIR TANPA MASA DEPAN DAN PENUH KELIRU,PEMIMPIN ATASAN TERUS KAYA DAN KENYANG SEKENYANG-KENYANGNYA…..ITULAH PAS, NAMPAK KESALAHAN ORANG LAIN TETAPI SEKUMAN PUN MEREKA TIDAK BERMUHASABAH DIRI…RENUNG-RENUNGKAN LAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: