Skip to content

Penyokong ‘rasa tertipu’ mainan UMNO

26 May, 2009

Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian.

“Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya.

“Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga,” kata Datuk Hashim Suboh hari ini.

Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga “berasa tertipu” dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.

Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad “tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain”.

Katanya, keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

“Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah “gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpinan Umno negeri”.

Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.

Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang “didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihan raya umum tahun lalu”.

Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah.

“Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi,” katanya. – malaysiakini

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: