Skip to content

Ketua-ketua kampung saman ‘Menteri Besar Makhamah’

27 May, 2009

Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri “Menteri Besar Mahkamah” Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Turut serta mengiringi ketua-ketua kampung tersebut ke mahkamah termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Afit saman yang dikemukakan mengandungi tujuh tuntutan terhadap Dr Zambry.

Antara lain mereka menuntut supaya mahkamah melarang kerajaan negeri membuat sebarang pelantikan ketua kampung sebelum 31 Julai 2010 iaitu tarikh tamat tempoh perkhidmatan mereka seperti watikah pelantikan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan dan tindakan kerajaan negeri “Menteri Besar Mahkamah” yang memecat mereka berkuat kuasa 16 April lalu.

Disamping itu saman itu turut memohon perintah mahkamah melarang kerajaan negeri menggunakan dewan orang ramai di seluruh negeri oleh Barisan Nasional sehingga kes itu selesai.

Mohd Ridzuan yang mewakili 817 ketua kampung yang dipecat dalam tindakan “Menteri Besar Mahkamah” itu yang dianggap tidak sah dan melanggar undang-undang berkata pihak mahkamah belum lagi menetapkan tarikh untuk mendengar saman mereka tetapi kes tersebut akan didengar dalam tempoh dua bulan dari tarikh difailkan.

Ketika dihubungi Tv Antara beliau berkata pemecatan yang dilakukan secara mengejut pada 16 April lalu dan sebelum tamat tempoh kontrak perlantikan pada 31 Julai 2010 adalah sesuatu yang kejam dan zalim yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

“Saya menerima surat pemecatan saya daripada pejabat daerah dan di dalam surat itu tidak disebut apakah kesalahan saya yang menyebabkan saya dipecat. Watikah pelantikan yang kami terima daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah bagi tempoh dua tahun dan dengan tiba-tiba apabila bertukar kerajaan negeri kami dipecat secara mendadak.

“Ini adalah satu tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ketua kampung bukannya satu jawatan politik dan kami berkhidmat kepada semua orang tidak kira fahaman politik sama ada dia PKR, Umno atau mana-mana parti politik,” kata Mohd Ridzuan.

Menurut beliau lagi jawatan ketua-ketua kampung yang dipecat telah diambil alih serta merta oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan yang dilantik oleh BN seiring dengan perlantikan ketua-ketua kampung tersebut tahun lalu.

Selain menfail saman badan bertindak tersebut juga telah melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat Perak sebagai tanda sokongan kepada ketua-ketua kampung yang dipecat.

Setakat seminggu lalu badan bertindak itu telah mengumpulkan lebih 250,000 tandatangan rakyat dari seluruh negeri Perak dan yakin dapat mencapai sejuta tandatangan dalam masa satu atau dua minggu lagi.

“Kempen tandatangan yang sudah kami lancarkan sejak seminggu lalu mendapat respons yang amat baik dan menggalakkan daripada rakyat seluruh negeri Perak. Ini menunjukkan mereka menyokong pakatan Rakyat dan menolak “Menteri Besar Mahkamah” yang berkuasa ke atas rakyat Perak melalui perintash mahkamah.

“Rakyat Perak rata-rata mahukan Pakatan Rakyat kembali dan usaha mengumpul tanda tangan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mendesak supaya DUN Perak dibubarkan,” tambah beliau.

Walaupun kerajaan kudeta “Menteri Besar Mahkamah” melakukan pelbagai untuk menghalang hasrat rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri rakyat tetap akan menolak BN kata Mohd Ridzuan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: