Skip to content

Kau wanita, Aku lelaki

28 May, 2009

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 – wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 – wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 – wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 – wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 – wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 – wanita wajib taat kpd suaminya.

7 – talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 – wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH… sayangnya ALLAH pada wanita …. kan

WALLAHUA’LAM

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: