Skip to content

Maizawati Zainal nasihat Akhil Hayy dan Waheeda

28 May, 2009
Maizawati pandai mengawal gelodak dalam perasaannya

JIKA diselam wajah Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penyanyi Ustaz Akhil Hayy, 40, ia seolah-olah menyembunyikan perasaan sedihnya disebalik ketenangan yang dipamerkannya.

Gambar Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai | Gambar Maizawati Zainal isteri Ustaz Akhil Hayy
Baginya, semua tindakannya adalah betul belaka lantas merasakan tidak perlulah dia menunjukkan apa-apa reaksi.

Ditanya pula kepada siapa tempat dia meluahkan perasaan dan mengadu sekarang, wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini enggan menjawabnya kerana dirasakan soalan itu berbaur peribadi.

Namun, mujurlah empat orang anak Maiza bersama Akhil beserta dua orang anaknya dengan hasil perkahwinan pertama dahulu memberikan sokongan yang padu kepadanya apabila dia memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada awal bulan lalu.

Kes itu akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

“Setelah mereka mengetahui tentang permohonan cerai ini, mereka lebih matang dan boleh menerima keputusan saya kerana itu merupakan salah satu perkara terbaik buat mereka.

“Jadi, tiada apa-apa masalah kerana dalam hidup ini semuanya termasuk ajal dan maut berada di tangan Allah. Mungkin ini ketentuanNya dan jodoh saya hanya sampai di sini.

“Kadangkala kita tak sangka hal ini akan berlaku. Jadi, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Gambar Akhil Hayy Dan Waheeda Di Tepi Pantai | Gambar Maizawati Zainal isteri Ustaz Akhil HayyMaiza mengaku yang dia masih dapat menerima Waheeda
dan Akhil sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun

“Dengan sesiapa sahaja boleh berlaku tak kira orang itu raja ke atau sultan, perkara ini kita tidak boleh elakkan. Mungkin selepas ini Allah telah tetapkan ada yang terbaik untuk kita,” luah Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.

Ditanya tentang reaksi ibu dan keluarga mertuanya, Maiza menyifatkan mereka sangat profesional.

“Kami tidak mengaitkan dan menuding jari antara kedua-dua belah pihak.

“Mereka juga tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga keluarga saya sehingga sekarang,” kata Maiza yang enggan memberikan komen lanjut melibatkan keluarga mertuanya.

Maiza juga mendapat maklumbalas yang baik daripada jiran tetangga yang berkata: “Semua orang menyokong saya..”

Menurut Maiza, dia merupakan seorang surirumah yang mendirikan rumahtangga dengan Akhil sejak 13 tahun lalu.

Selepas menjalani kehidupan secara solo selepas ini, Maiza berkata dia mungkin akan kembali bekerja untuk menyara kehidupannya selepas ini.

“Insya-Allah, jika ada kesempatan saya akan bekerja,”

“Sekarang, saya tinggal bersama mak dan anak-anak di Ipoh,” ujarnya.

Nasihat buat Waheeda dan Akhil

Dalam kenyataan sebelum ini, Maiza ada memberitahu yang suaminya pernah meminta izin untuk berkahwin buat kali kedua dan wanita yang dimaksudkan adalah penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Ditanya tidakkah Maiza hendak memberikan apa-apa nasihat buat Waheeda dan Ustaz Akhil, dia berkata:

“Pertama sekali, saya nak nasihatkan jika dia benar-benar menjadi seorang isteri, jadilah seorang isteri yang solehah dan jagalah hati semua orang.

“Janganlah kita ungkit perkara-perkara yang telah berlaku dan menuding jari antara satu sama lain.

“Saya doakan semoga mereka berbahagia.

“Bagi ustaz pula, semoga apa yang dilakukannya adalah yang terbaik dan saya harap dia tidak akan mengabaikan anak-anak.

“Perpisahan itu tidak bermakna bermusuhan dan itu adalah untuk kebaikan semua pihak. Lebih baik kita berpisah secara baik dan bukannya dengan bermusuh-musuhan. Itu yang saya hendak sebenarnya.”

Tambah Maiza, “Janganlah kita anggap perpisahan itu sebagai sesuatu yang memeritkan dan bermusuhan. Saya bukannya orang yang seperti itu.

“Bagi saya, perpisahan itu untuk mencari kebaikan. Saya harap pihak sana tidak rasa marah tentang apa yang saya luahkan.

“Saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka,” ujarnya beberapa kali.

Maiza juga mengaku yang dia masih dapat menerima pasangan ini sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun.

“Saya tiada masalah..,” ujarnya ringkas.

[sumber]

One Comment leave one →
  1. rahimah permalink
    18 August, 2009 pm

    Menurut kamus dewan. ustaz bermaksud orang yang menjadi guru yang boleh dijadikan rujukan terutama hal-hal agama. Ustaz juga biasanya merupakan ikon yang boleh dijadikan contoh bukan sahaja dari segi pengetahuannya tetapi juga dari segi perlakuannya. Sedarlah mendukung gelaran ustaz amat berat. Jika dalam keluarga sendiri sahaja pun amanah yang diberi tidak dipikul dengan sebaik-baiknya bagaimanakah uztaz hendak membimbing manusia terutamanya remaja seperti yang selalu ustaz war-warkan. Apakah hukumnya ustaz menaniaya isteri sendiri apatah lagi anak-anak yang tidak berdosa. Pada pandangan saya, yang hanya sebagai insan biasa, telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Walaupun masjid yang telah dibina telah runtuh, namun anak tetap amanah Allah yang perlu ustaz lunaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: