Skip to content

Mawi dan Ekin di Australia

28 May, 2009

Bulan madu kedua: Peluang menjayakan penggambaran Langkah Mawi… World di Melbourne, Australia dimanfaatkan sepenuhnya pasangan Mawi dan Ekin

SIAPA kata Mawi tak pandai nak romantis? Cuma barangkali sejak memperisterikan Nor Asikin atau Ekin lima bulan lalu, dia malu untuk menunjukkan lagak romantisnya di depan khalayak mahupun peminat apatah lagi untuk bergambar untuk media massa.

gambar honeymoon mawi dan ekin di australiaMAWI dan Ekin di Fiztroy Garden, Victoria, Australia

Tetapi ketika bersama dengan isterinya di Melbourne, Australia, baru-baru ini, Mawi bagaikan tidak malu-malu untuk mempamerkan gaya romantisnya yang tersendiri dan nyata sikapnya itu mengejutkan Ekin.

Suami isteri itu meluangkan masa selama 10 hari berada di Melbourne dan beberapa daerah lain dalam negeri Victoria, iaitu wilayah popular yang terletak di selatan negara Kangaru itu.

Ini dibuktikan apabila Mawi berjaya membuat kejutan dengan membawa Ekin menikmati satu makan malam di dalam gerabak kereta api bergerak mengelilingi pusat kotaraya Melbourne dengan menaiki Colonial Tramcar pada hari ketiga berada di sana. Mawi yang mengetahui ada restoran unik itu, meminta pihak produksi terbabit mengatur majlis makan malamnya di situ dan langsung tidak memberitahu isterinya.

Apabila sampai masanya, sebaik tiba berdekatan kawasan tramcar itu tidak jauh dari Hentian 125 Normanby Road, Mawi meminta Ekin menutup matanya. Mawi juga sanggup mengikat kain di bahagian mata Ekin untuk membuatkan isterinya itu berasa suspen lalu dengan perlahan dia memegang tangan Ekin dan memimpinnya berjalan.

gambar honeymoon mawi dan ekin di australiaKEMESRAAN jelas terpancar pada wajah Mawi dan isteri ketika di Australia.

Nyata, sebaik tiba dan masuk ke dalam satu koc dalam tramcar itu, apabila ikatan kain pada matanya dibuka, Ekin menjerit kesukaan kerana terperanjat kegembiraan dan pada masa sama terharu lalu air matanya menitis buat seketika.

Ditanya mengenai kejutan itu, Ekin akui, memang dia tidak sangka Mawi nak buat kejutan makan dalam suasana romantis di atas sebuah tramcar yang sedang bergerak apatah lagi suasana itu tidak ada di Malaysia.

“Memang saya tidak tahu pun Mawi nak ajak makan di situ. Dia mulanya cuma cakap nak pergi makan dekat stesen kereta api saja. Apabila buka saja mata, saya terharu sebab Mawi dapat buat surprise yang saya tidak sangka, maklumlah sejak kahwin mana ada kami pernah ada candle light dinnner atau makan dalam suasana macam ni… selalunya kedai mamak saja. Makan malam dalam suasana klasik dan nyaman sebegini dapat tengok pemandangan sekitar pusat bandar Melbourne. Itulah yang saya tak sangka, Mawi buat surprise.

“Memang saya sebak dan menangis sebab Mawi berikan kenangan manis pada saya. Rasa terharu… percutian ini walaupun Mawi sedang bekerja cukup berikan kenangan manis sebab kami dapat laungkan banyak masa bersama,” kata Ekin.

gambar honeymoon mawi dan ekin di australiaKETIKA berada atas bot untuk melihat anjing laut di
perairan Seals Rock, dekat Cowes, Victoria.

Pasangan sejoli itu juga menampakkan sikap romantis mereka apabila berada di Fiztroy Garden, satu taman bunga yang popular bagi penduduk negeri Victoria. Taman itu dipenuhi pokok oak, ara dan elm yang rendang. Di kawasan itu juga terletaknya rumah bekas pegawai tentera British yang mula menakluki Australia, Kapten Cook.

Ketika kru produksi sibuk merakamkan suasana pemandangan di situ, Mawi dan Ekin rupa-rupanya asyik bersantai di bawah satu pohon yang kawasannya penuh ditimbuni daun kering. Patutlah dari awal lagi, Ekin asyik membawa sebakul raga berisi buah untuk mereka bersantai di taman bunga itu. Kemesraan mereka tidak dibuat-buat kerana masing-masing bergurau senda dan saling suap-menyuap anggur.

Mawi menyifatkan kunjungannya bersama isteri ke Melbourne boleh diibaratkan sebagai bulan madu kedua mereka iaitu selepas kali pertama mereka bersama ke Seoul, Korea Selatan pada awal Januari lalu.

“Ini kira kali kedua selepas bulan madu pertama empat bulan lalu. Walaupun datang untuk bekerja, tetapi kira bulan madu jugalah sebab isteri ada bersama. Kali ini bulan madu ini lebih seronok kerana cuaca yang nyaman sebab kami berada di Melbourne ketika musim luruh. Cuaca yang dingin macam ini lebih sesuai dan memang nyaman sebab ada macam-macam kegiatan yang boleh dibuat bersama, memang rasa santai betul.

“Pengisian acara sepanjang 10 hari di Melbourne pun juga menarik dan ada kelainan berbanding pengisian untuk program Langkah Mawi…. World untuk musim pertama dulu,” kata Mawi dengan penulis ketika kami dalam perjalanan ke Wildlife Cost Cruises dari bandar Cowes untuk kembali ke Melbourne.

10 hari paling manis dalam hidup

PROGRAM Langkah Mawi…. World untuk musim kedua masih mendapat sentuhan daripada pengarah, Rahila Ali bersama lima kru yang lain. Program itu diterbitkan oleh syarikat Mawi Sendiri, MW Entertainment dnegan kerjasama Astro dan Australia Tourisme serta Victoria Tourisme. Untuk musim pertama dulu, penggambaran dibuat di United Kingdom, Korea Selatan dan Syria.

Sikap mesra dan manja Mawi dengan isterinya menyerlah ketika mereka sama-sama menikmati sarapan ketika berada di banglo papan di atas puncak bukit Skenes Creek, Apollo Bay. Hotel yang bernama Chris’s Beacon Point Restaurant & Villas itu memang sesuai kepada mereka yang menikmati bulan madu kerana udaranya yang dingin dan pemandangan yang cukup mengasyikkan.

Penulis sendiri melihat ketika pasangan itu berjalan, mereka sering berpegangan tangan meskipun sesekali Mawi asyik sibuk merakam pemandangan dan suasana menerusi kamera video yang dibawanya.

Kemesraan mereka juga terus terpancar tatkala rombongan sedang berada dekat Federation Square, Mawi sempat mengajak Ekin untuk menaiki basikal bersama apabila melihat di situ ada perkhidmatan menyewa basikal. Mereka masing-masing menunggang basikal di laluan khas yang disediakan di tepian Sungai Yarra. Gelagat suami isteri itu juga membuatkan kru produksi turut sempat merakam aksi menunggang basikal untuk program Langkah Mawi… World.

“Inilah kali pertama saya menaiki basikal sejak bergelar artis, lagipun sudah lama saya tidak menaiki basikal, kira-kira 10 tahun. Tetapi kali ini naik basikal bersama isteri di tepi sungai di Melbourne memang satu pengalaman indah. Jauh juga kami naik basikal tetapi tak berpeluh pun sebab cuaca dingin,” kata Mawi yang kemudian singgah di sebuah gerai minuman untuk membeli minuman kerana terlalu dahaga.

Mawi juga akui pengalaman di Melbourne bersama isteri memang memberi kenangan manis apatah lagi beberapa rakaman visual beliau bersama isteri turut dirakamkan untuk dikongsi bersama peminat menerusi program Langkah Mawi… World musim kedua yang bakal disiarkan meenrusi Astro Ria kelak.

“Sepanjang berada di sini, saya nampak Ekin pun memang seronok. Lagipun Melbourne ada kelainan berbanding tempat lain walaupun saya sebelum ini pernah datang ke Australia tetapi dulu pergi Sydney. Bagi saya sepanjang 10 hari di Melbourne, lokasi paling menarik dan seronok ialah ketika dapat tengok anjing laut dan ikan lumba-lumba secara live, selalunya tengok dalam dokumentari National Geographic saja.

“Bila lama di sini, rasa bebas sebab ramai orang tak kenal saya. Jadi, saya ada banyak masa untuk berkongsi kenangan dengan Ekin. Kalau di Malaysia, jarang saya dapat bersama sebab sibuk. Apabila macam ini, kami juga dapat banyak berbual dan berkongsi cerita,” kata Mawi yang terkedu apabila penulis bertanya apa hadiah istimewa yang dibelinya untuk Ekin ketika di Melbourne.

“Susah juga nak mencari hadiah istimewa. Tetapi adalah sikit… beli barang cenderamata untuk dia. Bawa makan angin pun kira hadiahlah tu… jadilah. Saya terkilan sikit sebab saya dan Ekin tak betul-betul dapat masa lama untuk membeli belah kerana jadual penggambaran ketat,” katanya yang mengakui mungkin jika ditakdirkan ada anak nanti, dia berhasrat untuk bercuti ke Melbourne lagi.

Ekin pula menyifatkan kenangan manis di Melbourne lebih bermakna berbanding percutiannya sebelum ini ke Perth iaitu ketika kali pertama beliau ke Australia.

“Dulu saya datang Australia sewaktu masih bujang. Ini kali kedua saya datang Australia tetapi kali ini dengan suami, dulu datang dengan ahli keluarga saja. Di sekitar Victoria dan kota seperti Melbourne memang seronok untuk berbulan madu, tetapi bagi saya lokasi menarik paling ialah ketika berada Philip Island apabila kami menginap di Silverwater Resort. Itulah kali pertama saya menginap dalam bilik yang dindingnya cermin dan menghadap laut, memang best…. rasa damai.

“Satu lagi saya suka dapat tengok dengan mata sendiri penguin dan anjing laut, comelnya… Mengenai makanan sepanjang berada di Melbourne, sudah tentu ketika kami dapat menikmati lobster (udang galah) segar di Restoran Taylors Waterfront, memang restoran itu terkenal dengan makanan laut yang sedap,” kata Ekin.

INFO: Perkara menarik Mawi dan Ekin di Australia

# Mawi rupa-rupanya memang cukup takut menyentuh ular sebaliknya Ekin dengan selamba meletakkan ular pada bahunya ketika berkunjung di Ballarat Wlidlife Park. Kata Mawi: “Saya memang geli pegang ular…”

# Pada waktu makan tertentu, Mawi dan Ekin sama-sama menjamah mi segera yang dibawa dari Malaysia, bukan disebabkan tiada makanan halal sebaliknya tidak tahan asyik makan sayur dan roti. Malah, Mawi juga membekalkan mi segera yang dibawanya itu kepada penulis.

# Sebahagian rombongan produksi termasuk Mawi dan Ekin berpeluang menaiki helikopter untuk meninjau dari udara keunikan bongkah batu di tepian pantai Port Campbell yang dinamakan Twelve Apostles.

# Mawi nyata teruja apabila berpeluang bersama isteri untuk memakai kostum zaman koboi dalam suasana masyarakat Australia tahun 1850-an untuk penggambaran di Sovereign Hill, iaitu bekas tapak lombong emas terkenal di Victoria.

# Ekin merungut juga kerana tidak cukup masa untuk membeli belah kerana Mawi terikat dengan jadual penggambaran yang ketat tetapi akui dapat juga membeli beberapa cenderamata untuk keluarga dan adik beradiknya seperti baju T.

# Biarpun berada di Australia, Mawi tetapi disapa peminatnya ketika berada di beberapa lokasi pelancongan termasuk di Koala Conservation Centre. Peminat berkenaan ialah warga Malaysia dan Singapura yang datang melancong ke Melbourne.

# Mawi dan Ekin mendaftarkan seekor penguin pendek yang berada di Penguin Parade, Philip Island National Park sebagai ‘anak angkat’ menerusi Program Penguin Angkat dengan memberikan namanya Tonna-Guin. Tanda nama itu dilekatkan pada badan penguin terbabit.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: