Skip to content

UMNO halalkan apa yang haram

28 May, 2009

Rakyat mampu menobatkan prinsip Islam seperti keadilan, keprihatinan terhadap rakyat dan kerajaan wibawa di negara ini hanya jika momentum sokongan kepada Pakatan Rakyat berterusan, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Menteri Besar Kelantan itu berkata Umno-Barisan Nasional menghalalkan yang haram, kerana ia tidak pernah berniat untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pentadbiran negara.

” Mereka buat masjid bukan untuk sembahyang, tetapi berebut nak jadi kontraktor. Sembahyang tak sembahyang dia tidak peduli asalkan duit masuk dah. Ini menyentuh soal prinsip dan prinsip ini bukan untuk dibincangkan. Maka, saya menyeru semua untuk mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman, seorang yang berkebolehan dan berpengetahuan, dan insyaAllah kita selamat.” kata Nik Aziz.

Datuk Nik Aziz menjelaskan Umno tidak lagi mewakili aspirasi lama yang pernah ia dokong satu masa dahulu, sebaliknya kini ia menindas parti-parti lawan asalkan ia boleh terus memerintah.

Tambah beliau lagi, PAS bersama Pakatan Rakyat sudah lebih daripada bersedia untuk menggantikan Umno-BN dan merayu sokongan berterusan dari rakyat.

“Bila mari 1951, Pas ditubuhkan, dan sejak itu Umno sudah mula menggunakan ISA untuk tangkap orang sewenangnya. Dulu kita tertiarap, kini kita sudah bangun dan mampu mendokong orang lain. Kita harus faham bahawa dunia ini tidak kekal, kalau kita pakat faham perkara ini kita akan keluar mengundi nanti.” ujar beliau.

“Umno tidak mahu kita keluar mengundi, tetapi kita harus mengambil peluang pilihanraya ini untuk mencari pahala dan tolak pemerintahan sekarang ini.” tambahnya lagi.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika berucap di Kampung Guar Jering, Guar Perabu, Penanti, dihadapan kira- kira 5 ribu orang.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: