Skip to content

Najib akui ekonomi Malaysia dijangka susut 4-5% tahun ini

29 May, 2009

Selepas menafikan hakikat sebenar sekian lama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak hari ini mengakui ekonomi negara dijangka menyusut kepada -4 peratus hingga -5 peratus pada tahun ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyatakan bahawa Malaysia telah berada di dalam keadaan kemelesetan teknikal.


Pada Mac lepas, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan negara antara -1 peratus dan 1.0 peratus.

“Walau pun, suku tahun keempat dijangka dicatat positif, kadar pertumbuhan bagi tahun ini masih negatif kerana suku tahun pertama negatif dan jangkaan pertumbuhan negatif pada suku tahun kedua dan ketiga,” katanya kepada taklimat media di sini.

Najib berkata sektor eksport telah menurunkan pertumbuhan suku tahun pertama yang telah menguncup 25 peratus selepas permintaan luaran merudum lebih tinggi daripada yang dijangka.

Katanya pelaburan swasta turut merosot 26 peratus.

“FDI ke Malaysia merosot kira-kira separuh daripada angka tahun lepas. Sebab itu prestasi kita telah menurun,” katanya.

Najib berkata kesemua Menteri telah diberi tanggung jawab untuk memantau prestasi projek kementerian masing-masing untuk mempercepatkan lagi pakej rangsangan fiskal.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: