Skip to content

Pengerusi SPR makan gaji buta

29 May, 2009

Setelah Barisan kalah di kesemua empat pilihan kecil di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri, terbit daripada mulut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Yusof harapan beliau agar tidak ada lagi wakil rakyat yang meninggal dunia selepas ini.


Kenyataan yang agak mengejutkan, lucu dan cetek ini besar kemungkinan lahir daripada perasaan ikhlas beliau yang tidak mahu melihat bosnya iaitu Umno dan BN terus dirundung malang demi malang di peti undi rakyat.

Ramai pihak yang mengutuk kenyataan bodoh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu yang dilihat tidak secucuk dengan tahap ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam selok belok pentadbiran negera dan pengalaman lama sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan berstatus gaji JUSA.

Namun Abdul Aziz dilantik ke jawatan pengerusi SPR oleh kerajaan BN dan kesetiaan beliau  sudah tentunya kepada tangan yang menyuap rezeki kepada beliau walaupun sebagai badan yang ditubuhkan di bawah akta lulusan Parlimen ia sepatutnya bebas dan mengamalkan prinsip adil dan telus dalam setiap aspek pengurusan pilihan raya di negera ini, termasuklah pengerusinya sendiri.

Bagi orang yang berpegang kepada nilai-nilai beragama sudah tentu apa yang dicakap oleh Abdul Aziz semalam ketika memgumumkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi bagi DUN Manek Urai adalah bercanggah dengan konsep ketentuan qada dan qadar.

Bagi orang politik pula kenyataan beliau itu berbaur politiklah dan mencerminkan ketakutan yang menyelubungi BN yang takut kalah untuk sekian kalinya pada pilihan raya yang mendatang di Penanti dan yang menunggu di Manek Urai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sepatutnya pengerusi SPR itu harus menakutkan sikap ceria dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya dan bukannya makan gaji buta.

“Orang kata tugas pengerusi SPR makan gaji buta selama lima tahun kerana pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali. Jadi alam tempoh itu beliau bleh dikatakan tidak buat apa-apa.

“Bila sudah tidak ada banyak kerja dan bila ada sahaja pilihan raya kecilh-olah dia hendak lari dari tugas,” kata Khalid semasa rakaman rancangan Kanta Media oleh Tv Antara di Shah Alam semalam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin pada rancangan yang sama juga berkata BN kini amat takut berhadapan dengan pilihan raya kecil Manek Urai JUlai nanti atau mana-mana pilihan raya kerana mereka sedar rakyat sudah bulat menolak BN.

“Itu sebabnya kita mendengar kenyataan-kenyataan tidak cerdik daripada pengerusi SPR kerana itulah realiti. SPR sudah tidak sanggup menguruskan pilihan raya yang mereka tahu Umno dan BN akan kalah teruk walau apa pun kekangan dan peraturan tidak munasabah yang diada-adakan setiap kali diadakan pilihan raya.

“Nasihat saya untuk SPR ialah apa pun taktik yang digunakan untuk menghalang kemaraan rakyat untuk menumbang pemerintahan zalim BN ia tetap akan berlaku dan SPR tidak mampu menghalang kuasa rakyat,” kata Badrul Hisham atau Chegu Bard lagi.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: