Skip to content

Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2

29 May, 2009

Pada jam 2 petang tadi telah berlangsung Majlis Sidang Media & Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Dipengerusi oleh Mohd Suffian dari Saujana, majlis turut dihadiri oleh wakil daripada EMI dan Inteam Records.

Pada majlis itu juga Ustaz Akhil Hayy menghiburkan hadirin dengan menyampaikan sebuah lagu iaitu Pohon dan Pinta.

Wakil daripada Inteam Records berucap

Penganugerahan Platinum Album Akhil Hayy – Kembara Sufi, Nasyid Legenda & Di Bawah Satu Cahaya.

Setelah album pertama, Nasyid Lagenda mendapat jualan album mencecah 40,000 unit dan album kedua berjudul Di Bawah Satu Cahaya yang mencecah jualan 20,000 unit, kini Inteam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Islamic Media Entertainment sekali lagi menerbitkan album terbaru Akhil Hayy yang berjudul Nasyid Legenda 2.

Album Nasyid Legenda 2 ini merupakan kesinambungan kepada album yang pertama dulu iaitu Nasyid Legenda. Lagu-lagu yang dinyanyikan Akhil Hayy di dalam album ini merupakan lagu-lagu yang suatu ketika dahulu pernah popular yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan veteran seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Orkes Sinar Murni dan juga Sweet Charity.

Terdapat 10 buah lagu di dalam album Nasyid Legenda 2 ini adalah:

  1. Berita Gembira (nyanyian asal Al-Jawaher)
  2. Anak Derhaka (El-Suraya)
  3. Adam dan Hawa (Al-Jawaher)
  4. Dikit Sedikit (Al-Jawaher)
  5. Warna Alam (Al-Jawaher)
  6. Haji (Sweet Charity)
  7. Hidup Yang Hampa (El-Suraya)
  8. Pohon dan Pinta (El-Suraya)
  9. Hawa Nafsu (El-Suraya)
  10. Syuhada’ (Sinar Murni)

Kesemua lagu lama ini telah diberi sentuhan baru dengan susunan muzik dan vokal penyanyinya tetapi tidaklah sehingga menjejaskan keasliannya.

Nasyid Legenda 2 menjadi buah tangan istimewa buat seluruh peminat Akhil Hayy di mana pun mereka berada.

Akhil Hayy dulunya adalah seorang penyanyi rock tetapi kini telah berhijrah sebagai penyanyi nasyid dan penceramah bebas. Hijranya dapat dilihat menerusi percakapannya, juga genre muzik yang dipilih. Beliau lebih menggemari irama nasyid sebagai sebagai medan dakwah umum menggantikan irama rock yang pernah diceburinya dahulu.

Kemunculan Ustaz Akhil Hayy di arena nasyid telah menampakkan kejayaan dan keberkesanan. Dengan izin-Nya, hijrah beliau telah menjadi pemangkin dan pencetus hidayah kepada masyarakat di luar sana.

Album ini telah berada di pasaran pada 23 Mei 2008 dengan harga RM24.90 bagi CD dan RM15.90 bagi kaset. Yang menariknya, setiap pembelian CD Nasyid Legenda 2 ini disertakan VCD dokumentari Akhil Hayy sebagai hadiah bonus. VCD yang berjudul Akhirnya Kembali itu pernah ditayangkan di TV3 pada Maal Hijrah yang lalu.

Kepada peminat Akhil Hayy, bolehlah dapatkan segera album ini di pasaran.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: