Skip to content

Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?

29 May, 2009

Gossip Waheeda kahwin secara rahsia dengan penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy dah lama kita dengar. Sumber ni datang dari orang yang rapat dengan Ustaz Akhil Hayy sendiri. Tapi sampai sekarang, Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy tak nak komen apa-apa pasal gossip ni. Hanya kawan biasa dan tak lebih dari soal kerja. Itu kata mereka. Sekiranya mereka betul-betul berkahwin bermakna Waheeda menjadi isteri kedua kepada penyanyi nasyid tersebut. Kemungkinan besar, itu yang menyebabkan perkahwinan antara mereka terpaksa dibuat secara rahsia. Kena jaga pihak isteri pertama dan keluarga mereka. Kang tak pasal-pasal ada hati yang terguris.

Waheeda sampai sekarang tak buat kenyataan. Tapi menurut Ustaz Akhil pula, perkara itu dah selesai dan tidak mahu beri sebarang komen. Nanti ada hati lak yang terluka. Ustaz minta gossip ini dihentikan dengan segera. Sebaliknya, makin disuruh berhenti gossip, lagi galak orang duk mengata dan menggossip.

Kini, Ustaz Akhil sibuk dengan kerja rakaman Cafe Ustaz Akhil di Astro Oasis, jadi kerap lah kena duk pi mai pi mai Ipoh dan KL. Ada yang kata, Ustaz berulang alik dari rumahnya di Ipoh ke Kuala Lumpur sebab untuk bertemu dengan Waheeda. Ini sekali lagi dinafikan oleh bekas vokalis DRiyadh itu.

Tidak mengapalah kalau ada penafian macam tu. Sekurang-kurangnya, dah jelas Waheeda bukan berkahwin dengan Ustaz. Tapi seandainya betul dah kahwin, tak lamalah rahsia nak ditutup. Lambat laun orang ramai akan tahu juga. Tak pun, tunggu je perut Waheeda berisi… mmm… kalau kata berisi tu, bermakna adalah buahnya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: