Skip to content

Zambry ikut Pakatan Rakyat puasa sunat

29 May, 2009

Mungkin tidak mahu ketinggalan dalam meraih pahala dan manfaat daripada kempen amalan puasa sunat anjuran Pakatan Rakyat, “Menteri Besar Mahkamah”, Dr Zambry Abd Kadir juga terpanggil untuk menyahut seruan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganjurkan supaya umat Islam Perak berpuasa sunat sejak hari Selasa.

Pakatan Rakyat juga menganjurkan mogok lapar bagi rakyat Perak bukan Islam dan kempen tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin di Wisma DAP di Ipoh dua hari lalu.

Dalam nada yang sama Dr Zambry juga mengesyorkan pegawai-pegawai awam di negeri Perak untuk bersama-sama berpuasa sunat seperti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan satu majlis berbuka puasa juga diadakan di kediaman beliau petang tadi.

Namun menurut Dr Zambry amalan puasa anjuran beliau dibuat secara senyap-senyap berbanding dengan program puasa/mogok lapar Pakatan Rakyat.

Tidak pula beliau nyatakan fadhilat berpuasa dan berbuka secara senyap-senyap bersama-sama pegawai kerajaan di rumahnya berbanding pendekatan berpuasa sunat ala Pakatan Rakyat.

Walaupun amalan puasa sunat adalah satu usaha yang digalakkan bagi umat Islam untuk beribadah dan menyucikan jiwa mereka namun niat mengadakan puasa itu juga adalah penting.

Pakatan Rakyat menganjurkan kempen tersebut sebagai usaha rohaniah bagi merealisasikan doa rakyat Perak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin.

Untuk itu kempen tersebut telah menerima pelbagai tekanan pihak polis termasuk menangkap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, memunggah khemah perasmian kempen, menghalang serta mengugut penyokong Pakatan Rakyat daripada menghadiri acara yang berkaitan kempen tersebut.

Dr Zambry dan mereka yang turut berpuasa atas anjuran beliau mampu menikmati juadah berbuka puasa di ruang kediaman beliau dalam keadaan selesa, aman dan bebas daripada ancaman pihak polis; walaupun senyap tetapi tetap mewah.

Itulah yang membezakan amalan puasa sunat anjuran Pakatan Rakyat dan puasa sunat anjuran seorang “Menteri Besar Mahkamah”.

Walau bagaimanapun sekiranya Dr Zambry sudah bersetuju dengan program puasa sunat/mogok lapar Pakatan Rakyat mungkin beliau secara “senyap-senyap” juga bersetuju dengan objektif Pakatan Rakyat iaitu membubarkan DUN Perak.

One Comment leave one →
  1. Ricky Pratama permalink
    29 May, 2009 pm

    semoga siapapun yang menang nantinya, semuanya boleh la buat jaya rakyat malaysia… terutamanya Negeri Perak D. Ridzuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: