Skip to content

Budak perempuan berkelakuan seperti anjing

30 May, 2009

Kasihan membaca nasib kanak-kanak ini. Mujurlah dia ditemui cepat dan masih boleh dilentur lagi. Ini sebagai peringatan kepada kita kerana ada sebahagian dari kita yang melarang anak-anak untuk bergaul dengan masyarakat luar. Mereka tidak pernah keluar dari rumah sejak dilahirkan dan secara tidak langsung otak mereka hanya mampu merakam imej dan juga memproses data berdasarkan pandangan sekeliling mereka yang terhad. Ini juga boleh merencatkan perkembangan akal mereka secara tidak langsung. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka hidup dalam keadaan sedemikian memang takda otak. Nak kawal anak-anak kenalah berpada-pada, jangan melampau.

Kanak-kanak 5 tahun menyalak, jilat makanan

MOSCOW: Seorang budak perempuan lima tahun di Russia didapati berkelakuan seperti anjing dan menyalak serta menjilat makanan, ketika dia ditemui pegawai perlindungan kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Dia juga mempunyai lebih banyak hubungan dengan haiwan daripada manusia.

Budak perempuan itu ditemui di sebuah apartmen kotor dan tinggal bersama bapa dan datuk neneknya di samping beberapa ekor anjing dan kucing, kata polis di Chita, sebuah bandar di timur Siberia.

Budak itu tidak dibenarkan keluar, dan tidak belajar bercakap tapi sebaliknya berkomunikasi dengan menyalak.

Ketika ditemui pegawai perlindungan kanak-kanak, ‘budak perempuan yang tidak mandi itu berpakaian kotor’ dan ‘beraksi dengan manusia seperti seekor anjing’.

Kenyataan polis itu menggelar budak itu ‘Mowgli’, mengambil sempena watak fiksyen yang membesar di kalangan serigala dalam buku kanak-kanak hasil karya Rudyard Kipling.

“Pemilik flet itu jarang sekali membenarkan sesiapa masuk ke apartmen itu dan mereka sendiri membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan, dan cuba mengelakkan menemui jiran”.

“Selama bertahun-tahun, budak perempuan itu menguasai bahasa haiwan saja,” kata kenyataan polis, tapi memahami bahasa Russia walaupun tidak boleh bertuturnya.

“Selama kira-kira lima tahun, budak perempuan itu dibesarkan oleh beberapa anjing dan kucing dan tidak pernah sekali pun keluar,” tambah kenyataan itu.

Kini dia ditempatkan di pusat penjagaan dan diberi rawatan perubatan dan psikaitri, dia ‘masih melompat ke arah pintu dan menyalak’ setiap kali kakitangan pusat berkenaan keluar.

Polis berkata mereka bercadang untuk memulakan siasatan jenayah berkaitan tuduhan penderaan.

Pada Mac lalu, Presiden Russia, Dmitry Medvedev menggesa tindakan diambil ke atas penderaan kanak-kanak, dan menyatakan 760,000 kanak-kanak kini tinggal dalam “keadaan membahayakan dari segi sosial”. – AFP

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: