Skip to content

Pencapaian terbesar saya – Anuar Zain

30 May, 2009

Sudah tentu peminat Anuar tidak sabar menantikan kemunculannya buat julung kali mengadakan konsert solo di tempat yang penuh berprestij itu.

Ketika ditemui selepas sidang media Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 di Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anuar tampak gembira dan mengharapkan apa yang direncanakan itu berjalan lancar.

BERITA gembira buat peminat penyanyi kacak, Anuar Zain atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 39, kerana jejaka idaman Malaya ini diberi penghormatan untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB) sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 pada Julai ini.

“Semestinya undangan mengadakan konsert di tempat yang sungguh berprestij, IB menjadi idaman buat sesiapa yang bergelar penyanyi.

“Apatah lagi, dendangan suara diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan mampu membuai kalbu. Sudah tentu, saya gembira dengan undangan ini.

“Lagipun, inilah kali pertama saya diberi penghormatan mengadakan konsert solo di IB. Sebelum ini, saya pernah terbabit dengan persembahan di IB sempena Konsert Datuk Ahmad Nawab.

“Sepanjang perjalanan karier sebagai insan seni, inilah pencapaian yang paling besar dan ketara. Saya bersyukur kerana selepas bekerja keras dalam pentas muzik akhirnya ada yang menghargai pahit getir selama ini sebagai penyanyi.

“Sudah tentu penghargaan yang diberi adalah perkara paling bererti dalam diari hidup saya,” kata Anuar.

Menyentuh mengenai persiapan, kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Lelaki Ini, segala perancangan persediaan sudah dimulakan dari awal tahun.

“Maklumlah, ini konsert solo saya pertama di tempat berprestij itu. Sudah tentu, perancangan perlu disediakan lebih awal.

“Saya bersama pihak terbabit yang menjayakan konsert sudah memulakan persediaan awal Januari lagi. Sejak dari itu, kami sering bertemu dan mengadakan pelbagai diskusi mengenai perjalanan konsert.

“Walaupun konsert ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, ia tidak boleh dipandang remeh malah perlu dititikberatkan agar ia berjaya sekali gus mencapai matlamat Festival Muzik,” katanya.

Mengenai lagu yang akan disampaikan pada malam konsert itu nanti, kata Anuar, pemilihan lagu sudah diuruskan cuma ketika ini ia dalam proses menilai lagu mana yang perlu diketengahkan dulu.

“Pada malam konsert nanti, saya akan menyampaikan 20 lagu dan semua itu akan dipersembahkan menerusi tiga segmen yang berbeza.

“Pelbagai genre akan diketengahkan nanti seperti lagu kanak-kanak dan Kain Pelikat. Tidak ketinggalan, lagu era 70-an dan 80-an seperti Penantian dan Berdiri Seorang Perindu,” kata Anuar.

Konsert ‘Lelaki Ini’ ini bakal menghangatkan Panggung Sari, Istana Budaya pada 1 hingga 2 Julai nanti dan tiket berharga dari RM25, RM80, RM150, RM180 dan RM250 boleh didapati di kaunter Box Office Istana Budaya ataupun tempahan secara online melalui http://www.ticket2u.biz. Peminat Anuar boleh mendapatkan tiket Konsert ‘Lelaki Ini’ bermula 1 Jun ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: