Skip to content

Rempit nan sempit pula

30 May, 2009

Apa agaknya bermain di fikiran David Teo? Apa tidak cukupkah dengan segala tohmahan diberi kepadanya apabila dia menerbitkan filem Remp-It tidak berapa lama dahulu? Yang pasti, ia memberikan gambaran bahawa David bukanlah manusia biasa yang boleh berpatah arang apabila  menerima segala tohmahan dan kritikan hebat tentang filem terbitannya.alt

altBaru-baru ini kami pihak media dijemput untuk menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran penggambaran filem Rempit Nan Sempit. Agak pelik dan kelakar juga bunyi judulnya namun itulah hakikatnya tentang filem ini.

“Filem ini bergenre komedi aksi. Lebih kepada komedi dan diselitkan juga babak-babak aksi mencemaskan.” begitulah terang David dalam ucapannya sejurus selepas selesai majlis membaca doa selamat.

alt“Penggambaran akan bermula pada 24 Mei dan kami sasarkan penggambaran akan selesai dalam tempoh 23 ke 24 hari. Kemudian kami akan ke proses suntingan dan seterusnya. Sebelum ada yang bertanya walupun isu rempit ini heboh diperkatakan dalam semua media cetak dan elektronik namun pihak kami (Metrowealth) mengambil langkah menjawab segala persoalan ini menerusi filem ini. Ya, ia ada juga sedikt sambungan kepada filem pertama Remp-it di mana kita boleh melihat watak Ika lakonan Julia Hana dan juga Macha lakonan Cat Farish.” terang pengarah prolifik Ahmad Idham kepada media.

Mengikut sinopsis yang diberikan kepada media dapatlah kami faham jalan cerita filem ini. Ia ringan akan tetapi padat dengan pengajaran moral, nilai hiburan dan juga rasanya ianya sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat dan bukan kepada mat-mat rempit sahaja. Nak tahu lebih lanjut cerita ini? Tunggu sahaja apabila ia ditayangkan kelak di pawagam!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: