Skip to content

Tragedi Jaya Supermarket, Angka Kematian Meningkat

30 May, 2009

Satu lagi mayat ditemui pada 3.30 pagi ini di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket, di Seksyen 14, Petaling Jaya yang runtuh petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat itu belum dapat dikeluarkan kerana pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah berjagajaga dalam usaha mencari mangsa lain yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan itu.

Penemuan itu menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu meningkat kepada tiga, setelah dua mayat ditemui semalam. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap.

“Kita berusaha membuat lubang daripada sebelah atas runtuhan untuk turun ke bawah. Kita dapat sampai ke tempat mayat ketiga itu secara merangkak tetapi ia belum berjaya dikeluarkan,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat menghadapi masalah untuk membuat lubang kerana gegaran masih berlaku yang berkemungkinan boleh menyebabkan eskalator yang berada di bahagian atas kawasan itu jatuh.

“Kemungkinan beberapa mangsa terperangkap di kawasan itu berdasarkan kepada kesankesan yang ada dan bantuan daripada unit K9 (unit anjing pengesan) dan bomba semalam…empat mangsa lagi yang belum dikesan,” katanya.

Arjunaidi berkata seramai 515 anggota pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus menjalankan kerja menyelamat yang bermula sejak petang semalam.

Kejadian runtuh itu berlaku pada 5 petang ketika kerja merobohkan bangunan itu sedang dijalankan oleh beberapa pekerja.

Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang semalam manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti dikeluarkan pada 10.20 malam

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: