Skip to content

Anifah bangga dengan saman fitnah Anwar

31 May, 2009

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Anifah Aman merasa bangga apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman beliau RM100 juta.

Anifah berkata perkara tersebut menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpengaruh, dan merasa malu jika disaman dengan jumlah yang kecil ekoran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Washington baru-baru ini.

“Saya tidak ada masa untuk membaca isi kandungan saman yang dikemukakan dan saya belum fikir apa langkah seterusnya yang akan diambil.

“Ada perkara yang lebih besar untuk saya fikirkan terutamanya selepas menghadiri persidangan Kesatuan Asean- Eropah baru-baru ini,” kata beliau kepada pemberita semalam.

Ketika ditanya adakah beliau tetap berpegang kenyataan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai insentif untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, Anifah berkata ia terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

“Seorang calon Bebas di Penanti mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sedangkan ia hanya satu pilihan raya kecil yang tidak menentukan kepimpinan negeri atau Pusat. Cuba fikirkan jika ia melibatkan pemilihan pemimpin peringkat Pusat, anda pasti akan mempunyai jawapannya,” katanya.

Rabu lepas, Anwar memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Anifah kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Anifah didakwa membuat kenyataan sedemikian apabila menyatakan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai `umpan’ melompat parti selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kenyataan tersebut didakwa diucapkan oleh Anifah sewaktu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton di Washington pada 16 Mei lalu semasa lawatan kerjanya ke negara tersebut.

Anwar antara lain mendakwa, Anifah selaku defendan mengucapkan kenyataan fitnah itu atau menyebabkan penerbitan kenyataan tersebut untuk mendapatkan kelebihan yang tidak sewajarnya demi memperoleh publisiti murahan.

sumber

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: