Skip to content

Impian Bienda

31 May, 2009

Jika ibunya, Sheeda dikenali menerusi lagu dangdut, Bienda pula lebih ke arah muzik sejagat. Mungkin kerana jurang beza yang agak jauh, hajatnya itu terpaksa dipendam seketika.

SEJAK bergelar penyanyi, impiannya hanya satu – mahu merakamkan lagu bersama ibu tercinta sekalipun muzik yang dibawa mereka berbeza.

Begitupun, hasrat hatinya itu kini tercapai. Nyanyian merdu Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli dan ibunya itu kini boleh didengari menerusi lagu Usah Kau Tanya yang turut dimuatkan dalam album solo kedua gadis ini, Bienda… Kenaliku.

Akui penyanyi berusia 24 tahun ini, lagu berkenaan diiringi dua elemen iaitu dangdut dan irama padang pasir. Malah, kerana berlainan genre, lagu berkenaan perlu dinyanyikan berulang kali dalam pelbagai versi.

“Alhamdulillah, akhirnya impian Bienda kini tercapai. Dari dulu lagi Bienda mahu menyanyi dengan Mama tetapi baru kini ia dimakbulkan Tuhan.

“Lagu ini mengisahkan perjalanan hidup Bienda dan Mama. Begitupun, Bienda perlu akui sewaktu merakamkan lagu ini, prosesnya bukan mudah. Entah mengapa boleh jadi begitu tetapi Bienda dan Mama berusaha sebaik mungkin.

“Sebab itu, ia dirakamkan dalam pelbagai versi dan akhirnya muzik berlatarkan dangdut dan Arab menjadi pilihan,” katanya.

Selain Usah Kau Tanya yang bakal menjadi single kedua Bienda, alunan suaranya menerusi lagu Kenaliku cukup menarik. Katanya, lagu berkenaan akan menjadi taruhan pertamanya untuk peminat.

“Kebanyakan lagu dalam album ini juga banyak menceritakan pasal Bienda. Ia umpama luahan hati Bienda kepada peminat yang mahu mendengarnya. Secara tidak langsung, album ini juga menjadi hadiah buat peminat yang tidak jemu-jemu menyokong Bienda,” katanya.

Bienda turut merakamkan lagu bersama Amy Search menerusi Syurga Neraka, Youm Wara Youm bersama Akbar dan Jiwa Sengsara, Yasin.

Begitupun, album berkenaan masih belum berada di pasaran. Bagi peminat inginkan album ini, anda boleh menghantar emel kepada Bienda menerusi bienda_85@yahoo.com.

Kembali bersemangat merencanakan karier seninya selepas pembedahan jantung berlubang tahun lalu, Bienda mengharapkan sinar yang lebih baik melalui percubaan album ini.

“Kalau diikutkan, Bienda mahu bekerja sebaik saja selepas pembedahan. Begitupun, pergerakan sedikit terbatas kerana bimbang jika terlalu lasak boleh memudaratkan kesihatan.

“Bagaimanapun selepas disahkan sihat sepenuhnya, Bienda kembali berlakon dan memenuhi undangan nyanyian. Januari lalu misalnya, Bienda memberi tumpuan 100 peratus pada proses rakaman album ini.

“Sebenarnya, proses pembikinan album ini sepatutnya siap tahun lalu. Namun, kerana keadaan kesihatan yang memberi sedikit kesan kepada suara, Bienda dan produser album ini, abang Yasin sepakat menangguhkannya.

“Lagipun, keseluruhan kos album ini ditanggung sepenuhnya oleh Bienda. Jadi, daripada tergesa-gesa menyudahkannya, biarlah ia memakan masa sedikit. Enam tahun tanpa album baru, kini Bienda cukup puas hati dengan hasil album ini. Alhamdulillah, kini Bienda mampu menarik nafas lega,” katanya.

Bienda turut dilantik sebagai duta Dunia Herbs pada 1 April lalu bagi mempromosikan rangkaian produk yang dikhususkan buat remaja seperti set penjagaan kulit.

“Selepas pembedahan, badan Bienda naik mendadak kerana selera makan bertambah. Sekadar mencuba pada mulanya, tidak sangka krim sapu dan makanan sampingan keluaran Dunia Herbs bertindak dengan pantas dan hasilnya cukup menakjubkan.

“Bienda kehilangan lima kilogram dalam tempoh tiga bulan. Cuma kalau hendak dibandingkan dengan bentuk badan asal sebelum sakit, fizikal sekarang sedikit berisi,” katanya yang akan muncul di gerai Harian Metro sempena Jom Heboh TV3 di Teluk Danga, Johor Bahru, jam 5 petang ini.

2 Comments leave one →
  1. Jeejan permalink
    10 May, 2010 pm

    kahwin…. dah Owg, selamat lar semoga panjang umr dari family jeejan adik Edy dok Terengganu, anak saudara cek amoh…

  2. 10 May, 2010 pm

    kahwin dah owg, selamat pangntin baru dari family jeejan adik Edy Terengganu, anak saudara cek amoh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: