Skip to content

Misha ganti scha

31 May, 2009
SEJAK memulakan siarannya bersama pasangan popular, Mawi dan Ekin menerusi TV1 pada 7 Januari lalu, program Sehati Sejiwa nyata mendapat tempat di hati penonton setiap minggu.

Selepas Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha bergelar perantara program itu, kini peminat rancangan ini bakal dikejutkan dengan penampilan selebriti terkenal, Misha Omar yang bakal menggalas tugas berkenaan.

Akui Misha, bukan mudah untuknya mengacarakan program yang dibawa secara langsung dari Studio IBC, Angkasapuri, Kuala Lumpur itu. Begitupun, dek kerana minat dan niat mahu mencuba, tidak salah untuknya mengutip pengalaman baru.

“Sebelum ini saya pernah mengacarakan dua program, tetapi ia dirakam dulu. Berbeza dengan Sehati Sejiwa yang dibawa terus kepada penonton di rumah. Sebab itu, saya sedikit gementar untuk mengacarakannya.

“Namun, tidak salah untuk mencuba. Sebab itu, sebelum bersiaran untuk kali pertama pada jam 3 petang bermula 3 Jun ini, saya melakukan pelbagai kajian. Jika tidak yakin nanti, takut semua kesilapan jelas kelihatan,” katanya.

Tambah Misha, peluang mengacarakan program hangat itu diterima ketika dia turut menghadiri uji bakat yang diadakan demi menggantikan Scha yang terpaksa menolak kerana mempunyai komitmen lain.

“Alhamdulillah, saya menghadiri uji bakat berkenaan sekadar mahu menguji nasib. Tidak sangka pula dalam beberapa orang yang disaring, akhirnya saya pula dipilih.

“Dalam masa sama, saya boleh belajar perkara baru dan menambah pengalaman dalam bidang ini. Lagipun, bidang pengacaraan ini berbeza dengan pentas nyanyian.

“Lagipun, yang membuatkan saya tertarik dengan program ini kerana pengisiannya yang berbentuk kekeluargaan itu mesra dan romantik,” katanya.

Sebagai episod pengenalan, Misha bakal mengendalikan Sehati Sejiwa yang dimulakan dengan temubual pasangan Sharifah Shahirah dan Ijoy Azhari.

Pastinya sepanjang satu jam bersiaran, pelbagai topik menarik akan disingkap, antaranya termasuk soal pasang surut alam perkahwinan mereka, untuk dikongsi bersama peminat.

Program Sehati Sejiwa yang mengisi slot Degupan disiarkan istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga. Tambah menghiburkan, program ini bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti untuk bercerita mengenai keindahan dan kemanisan hubungan cinta, malah mereka turut berkongsi saat sukar berdepan dugaan yang dilalui dalam melayari bahtera berumahtangga.

Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan berkenaan.

Program ini juga diselang selikan dengan foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamor yang diundang ke studio untuk melengkapkan lagi program santai ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: