Skip to content

Cukuplah tabur fitnah – Dato Siti Nurhaliza

1 June, 2009

Bukan sekali dua gosip ini tersebar malah sejak berkahwin dengan ahli perniagaan yang popular dengan gelaran Datuk K (DK), sudah acap kali cerita ini tersebar. Puas juga Siti dan DK menafikannya tapi cerita itu tidak pernah berhenti.

“CUKUP-CUKUPLAH tabur fitnah, ia dosa besar.” Hanya itu yang mampu dikatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, apabila masih ada wakil media bertanya mengenai gosip suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menikah dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.


Bagi Siti yang sudah menceburi dunia seni selama 14 tahun, mungkin mampu menangani cerita gosip ini dengan tenang. Tapi bagi DK yang baru beberapa tahun berhadapan situasi ini, mungkin masih sukar baginya untuknya memahami sepak terajang dunia hiburan.

Kalau tidak ditangani dengan bijak, boleh hilang pertimbangan dan akhirnya gagal mengawal emosi. Kalau perkara itu berlaku, tentunya menjejaskan nama baik DK sendiri tetapi sebagai manusia biasa, perkara itu juga tidak dapat dielakkan.

Cuma sehingga kini, belum nampak Siti hilang pertimbangan dalam menangani semua ini malah tetap tenang menjawab soalan diajukan. Tapi dalam hati, siapa tahu dan mungkin di belakang dia menangis.

Kadang-kadang terfikir juga, kalau sudah banyak kali orang bercakap perkara sama, adakah itu masih khabar angin atau memang ada kebenaran apa yang dikatakan itu.

Cuma bukti sahih belum ada. Kalau begitu, tunggu sajalah. Selama mana manusia mampu menutup rahsia kerana semakin cuba ditutup, lambat laun diketahui juga.

Saya sendiri ada menerima pesanan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan dengan yakin memang benar DK sudah berkahwin lain tetapi bukan dengan Rozita Che Wan tapi pramugari yang adiknya pelakon popular.

Ada SMS lain mengatakan memang benar DK nikah lagi malah Siti pun tahu dan sumber yang memaklumkan cerita itu pula datangnya dari pereka fesyen terkenal. Jawapan saya mudah saja, kalau betul berikan bukti kerana sekadar cakap, semua orang boleh kata apa saja.

Ternyata khabar angin ini masih bertiup apabila berita terbaru, DK dikatakan menikah dengan Rozita di Alor Setar. Patutlah ada dua tiga wartawan bertemu Siti selepas selesai sidang media Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Selasa lalu.

Saya cuba menyibuk ingin tahu apa yang ditanya. Rupa-rupanya mengenai gosip Siti bermadu. Sempat juga saya bertanya Siti, masih adakah lagi cerita itu.

Kata Siti, pada hari dikatakan DK kahwin dengan Rozita di Alor Setar, ada pihak menghantar SMS kepadanya untuk mendapatkan pengesahan.

“Macam mana saya hendak layan cerita-cerita begini. Ketika orang berkata suami menikah lagi, dia sendiri ada bersama saya. Pada sebelah siang saya keluar bersama dan menonton wayang kemudian sebelah malamnya menghadiri majlis perkahwinan kenalan.

“Macam mana pula orang itu menyampaikan berita suami menikah pada hari itu dan minta saya komen. Cukup-cukuplah tabur fitnah kerana ia dosa besar. Lainlah kalau ada bukti,” kata Siti.

Itulah harga yang harus dibayar Siti apabila menjadi penyanyi nombor satu. Sejak kematian bapanya, Tarudin Ismail pada 15 Februari lalu, airmata Siti mudah menitis.

Mungkin selama ini bapa yang dipanggilnya abah adalah insan yang memberi kekuatan padanya ketika menghadapi cabaran besar tetapi kini kekuatan itu sudah tiada.

Mungkin Siti mendapat lebih ketenangan di depan kaabah. Sejak berkahwin dengan DK, selalu juga Siti menunaikan umrah dan sudah mengerjakan haji. Siti baru pulang mengerjakan umrah pada 8 Mei lalu dan pergi bersama ibu, Siti Salmah Bachik dan empat lagi ahli keluarga.

Bagaimanapun suami tidak ikut sama dan mungkin perkara ini juga menjadi bahan berita orang mengapa suami tidak ikut serta. Difahamkan, pada majlis sama ada wartawan bertanya DK mengapa tidak ikut Siti mengerjakan umrah.

Kata DK, dia memang hendak ikut malah bercadang pergi umrah dengan Siti pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban) kerana baik untuk berdoa terutama untuk meminta rezeki.

Bagaimanapun DK tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan komitmen lain. DK izinkan Siti pergi bersama ibu dan adik beradiknya, supaya dapat menghabiskan masa bersama ibunya dengan puas berbeza kalau bersama suami, sudah tentu keutamaan buat suami.

Pada 21 Ogos ini, genap tiga tahun perkahwinan Siti dengan DK, kerjaya nyanyian Siti juga belum terjejas. Buktinya, Siti masih dipilih peminat untuk gelaran Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) kali ke-12 pada 12 April lalu.

Siti juga mempertahankan gelaran Persembahan Vokal Terbaik Wanita kali ke-10 di Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) pada 2 Mei lalu.

Setiap tahun, Siti muncul dengan album baru. Akhir tahun lalu album tradisional, Lantera Timur dan tahun sebelumnya, Hadiah Daripada Hati (pop) dan tahun ini, bakal muncul dengan album kerohanian untuk pasaran Ramadan dan juga duet bersama Kris Dayanti akhir tahun.

Cuma, Siti belum dikurniakan cahayamata. Tapi saya melihat perkara dari sudut berbeza. Pertama, Allah murahkan rezeki Siti dalam dunia seni tapi tidak semua kita dapat dan itu mungkin bahagian yang Siti tidak dapat.

Sudut lain, Tuhan sayangkan Siti menyebabkan dia belum dikurniakan anak. Kalau Siti mengandung, bagaimana dia harus menerima semua cerita gosip ini kerana ibu mengandung perlukan ketenangan jiwa. Mungkin ketika ini Siti tabah hadapi semua dugaan ini tapi kalau hamil, emosi wanita mengandung tidak sama dengan wanita lain.

2 Comments leave one →
  1. honey permalink
    1 June, 2009 pm

    moga siti tabah!!!

  2. Borak Sakan permalink
    3 June, 2009 am

    Bab2 Siti ni borak sakan no komen…sebab tak berapa minat la dia ni….huhuhu….ciiiaaaannnnn Siti….Sabar je lah k….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: