Skip to content

Depan Mata: Waheeda usah lantang

1 June, 2009

Selama hampir dua tahun cerita mengenai hubungan mereka diperkatakan malah mereka dikatakan sudah berkahwin. Namun, baik Akhil Hayy, 40, atau Waheeda menafikan ada hubungan istimewa sebaliknya antara mereka tidak lebih rakan sesama artis.

Rap
SATU lagi teka-teki gosip artis terjawab minggu lalu apabila Metro Ahad 24 Mei paparkan kenyataan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengatakan rumah tangga mereka goncang gara-gara orang ketiga. Siapa lagi kalau bukan penyanyi dan pelakon Waheeda, 31, sebagaimana digosipkan selama ini.

Kehadiran Waheeda menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua sebagai isteri, tambah meyakinkan lagi gosip itu. Kalau mahu mengelak gosip mengapa mereka sanggup terima tawaran itu? Sebelum ini mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja.

Ternyata Waheeda dan Akhil bermain api dan akhirnya gosip yang menjadi persoalan ramai sebelum ini terjawab sudah. Maizawati juga nekad menuntut cerai dan kesnya akan didengar di Mahkamah Syariah Ipoh esok (2 Jun).

Ibu enam anak (empat hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy) itu menyifatkan tindakannya mendedahkan cinta tiga segi antara suaminya dengan Waheeda sebagai bom jangka meletup kerana tidak mampu lagi menahan sabar sehingga sanggup meluahkan pemberontakannya melalui media.

Mula-mula kenyataannya disiarkan Metro Ahad, hari sama muncul dalam program Nasi Lemak Kopi O, kemudian terus menjadi buruan media dan Selasa pula menjadi undangan Wanita Hari Ini (WHI) berkongsi cerita mengenai dirinya ditinggal suami kerana wanita lain.

Katanya, dia berharap luahan hatinya tidak disalahertikan sebagai menagih simpati sebaliknya menegaskan tindakannya sekadar hendak bersuara dengan apa yang terbuku dalam hatinya kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang terus berdiam diri.

Ramai memuji penampilan Maizawati yang anggun dan jelita walaupun sudah punya enam anak. Ada rakan perempuan dengan geram mengatakan cantik lagi isterinya berbanding Waheeda dan mengatakan Ustaz Rock itu sudah hilang pertimbangan apabila mengejar cinta baru sampai lupa anak isteri.

Pastinya ramai bersimpati dengan Maizawati sementara Waheeda dicemuh kerana berani berkawan dengan suami orang. Tapi Waheeda nampaknya tidak berdiam diri sebaliknya dengan berani memberi kenyataan sebagaimana disiarkan Harian Metro, Selasa lalu, ‘Jangan sampai saya hilang sabar’ diikuti Rabu lalu, `Minta dia cerita sebenar’ manakala dalam Berita Harian hari sama, ‘Berani dia semuka saya?’

Rasanya sebagai insan ketiga yang dianggap sebagai perampas dan bersalah dalam hal ini, Waheeda tidak sewajarnya lantang membuat kenyataan seperti itu. Malah ia mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.

Malah Waheeda mencabar Maizawati jangan sampai dia hilang sabar takut nanti tidak benar keluar rumah kerana malu. Kata Waheeda, selama ini dia lebih banyak bersabar dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gosip dirinya dengan Akhil Hayy kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

Tiada gunanya Waheeda menegakkan benang basah kerana apa pun alasannya, yang salah tetap Waheeda kerana mengganggu rumah tangga orang. Sebagai gadis, sewajarnya dia tahu batas perhubungan antara gadis dengan suami orang. Lainlah kalau Waheeda tidak tahu status Akhil Hayy dari awal.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu mengatakan dia tidak bimbang dengan persepsi negatif umum yang menyalahkan dirinya.

Sebelum ini, Waheeda sering membuat kenyataan kurang bijak hingga ada melabel dirinya angkuh dan sombong. Paling tidak cerdik hingga membuatkan orang waras menggeleng kepala dengan ceritanya mengenai isu menonton wayang bersama.

Kata Waheeda, mereka pergi sama, tetapi menonton cerita berbeza di panggung berlainan. Tapi filem ditonton Akhil Hayy habis dulu menyebabkan dia menunggu Waheeda untuk pulang bersama. Akhirnya dia masuk ke panggung dan kebetulan kerusi di sebelah Waheeda kosong dan terus duduk di situ.

Apapun dalam kemelut ini, hanya dua wanita yang tampil memberi kenyataan manakala si lelaki mengambil tindakan bijak dengan terus menyepi dan bersembunyi. Tugas media tetap mencuba kalau tidak dapat Akhil Hayy dicuba rakan-rakan dan orang yang rapat dengannya.

Namun sehingga Khamis lalu, Akhil masih enggan memberi sebarang kenyataan sejak hubungan cintanya dengan Waheeda didedahkan isterinya.

Bagaimanapun, penyanyi dan penceramah bebas itu memaklumkan kepada Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar dia tidak akan memberi kenyataan sehingga kes rumah tangganya di bawa ke mahkamah, esok.

Mungkil Ustaz Rock cuba mencari kekuatan bagaimana untuk bersemuka dengan masyarakat apabila segala rahsia yang cuba dikunci rapat sebelum ini didedahkan isterinya sendiri.

Dalam Berita Harian pula, Akhil Hayy mengatakan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada mana-mana pihak sebaliknya berbuat demikian kerana masalahnya sudah menjadi kes mahkamah. Semuanya akan dijawab apabila kesnya dibacakan di mahkamah pada 2 Jun ini.

Artis selalu menuduh media suka menyebarkan fitnah hingga mencabar ditunjukkan bukti. Tapi selalunya kebenaran akan terungkai jua walaupun cuba ditutup atau dikelabui dengan mainan kata-kata.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: