Skip to content

Telemovie Akhil Hayy, Apa kata Waheeda?

1 June, 2009

Boleh dikatakan, tiada satu pun respon pembaca yang berpihak kepada Waheeda. Semuanya lebih berpihak kepada Maizawati selaku Isteri Akhil Hayy yang sah. Sebenarnya, tanpa kita sedari, rakyat Malaysia umum’nya agak fobia dengan kes-kes seperti ini. Maklumlah, kes Norman dan Abby masih suam-suam kuku dan kita muncul lagi cerita artis yang berkemungkinan akan berakhir dengan penceraian (minta dijauhkan).


Gambar ehsan Kosmo

Waheeda boleh dikatakan lebih banyak berdiam dari bercerita. Maizawati pula dilihat “over” muncul di dalam media selepas hanya diam begitu lama sampai ramai yang tak tahu Akhil Hayy tu dah mempunyai seorang isteri dan enam orang anak. Kemunculan Maizawati yang agak kerap dilihat ramai hanya sekadar membuka pekung di dada. Apapun, apa yang terpendam di hati’nya tidak harus dipandang sepi. Kesabaran ada batasnya. Kalau bukan di media, mana lagi harus dia mengadu? Suami? Ah, sudah tiga bulan tak balik rumah tanpa sebarang berita. Takkan mahu diceritakan pada jiran sebelah rumah iye tak?

Menurut sebuah website hiburan lain, Waheeda ada membuat kenyataan di Berita Harian.

Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu

Apabila ditanya samada Waheeda berani untuk bersemuka dengan Maizawati, Waheeda menjawab

Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?

Kenyataan Waheeda ini nyata memberi petanda ada udang disebalik batu yang masih tidak diketahui rakyat Malaysia. Mungkin suatu hari nanti pasti ada yang lebih menarik dalam “telemovie” Ustaz Akhil Hayy ini.

Lebih setahun yang lalu, Waheeda pernah menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan karier seninya sebagai penyanyi dan pelakon. Ketika itu, ramai yang merasakan keputusan tersebut dibuat oleh Waheeda gara-gara isu kononnya penyanyi ini telah berkahwin dengan Akhil.

Namun, Waheeda masih lagi dilihat terus aktif dengan aktiviti seninya sehingga hari ini. Katanya ketika itu, dia menunggu album terbarunya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum terus berundur. Dan memandangkan pada waktu itu semakin banyak tawaran yang datang, dia tidak menolaknya sementara menantikan albumnya itu siap.

Tetapi, tegasnya, dia tetap menyimpan hasratnya untuk tinggalkan bidang seni satu masa nanti.

Namun, dengan kontroversi hebat yang melanda dirinya ketika ini, kata Waheeda, dia memang nekad untuk ‘bersara’ dan kemungkinan besar akan terus menghentikan projek penghasilan album terbarunya itu.

“Saya sudah bosan. Dari dulu sampai sekarang macam-macam orang bercakap tentang saya. Kontroversi seperti inilah sebenarnya yang membuatkan saya ingin berhenti ketika itu. Untuk apa saya terus berada di sini sedangkan reputasi dan kredibiliti saya sudah tiada.

“Mungkin dulu saya bercakap seperti ini juga, tetapi saya tetap terus berada di dalam industri. Tetapi kini, saya rasa cukuplah apa yang saya lalui. Saya nekad untuk berhenti terus.

“Tidak guna untuk saya terus berdakwah menerusi bidang ini jika orang akan pertikaikan kredibiliti saya. Ibubapa saya juga menyarankan perkara yang sama kerana mereka tak sanggup melihat saya terus dilanda benda-benda macam ni.

“Sekarang ini saya tengah tunggu untuk selesaikan dulu projek-projek lakonan termasuklah program Cafe Akhil Hayy,” kata Waheeda.

Walaupun sedar tindakannya itu tidak bermaksud akan mengakhirkan segala kontroversi yang melanda, namun kata Waheeda, ‘at least’ kehidupannya selepas ini mungkin akan lebih ‘tenang’.

“Saya masih ada banyak benda yang boleh dibuat. Saya ingin terus lakukan kerja-kerja kebajikan. Ketika ini pun saya bertugas sebagai ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID).

“Mungkin jika saya ingin siapkan juga album tersebut, saya akan buat ’senyap-senyap’ saja tanpa sebarang publisiti. Siapa yang nampak album saya itu di pasaran, itu sajalah…tidak akan ada majlis pelancaran atau sebagainya,” kata Waheeda yang akui dia telah merakamkan semua lagu dalam album terbarunya itu.

– Ulasan Waheeda di sebuah akhbar tempatan.


Gambar ehsan Murai

Apapun, kami di Borak Sakan tidak memihak kepada Waheeda mahupun Maizawati cuma berharap agar telemovie ini segera sampai ke episod akhir beserta happy ending.

Hakikatnya, tiada salah jika Akhil Hayy mahu berkahwin dengan sesiapa yang dia suka. Namun kenapa Waheeda? Masih ramai wanita yang susah diluar sana perlukan perhatian. Masih ramai juga janda yang mengharap akan hadir seseorang dalam hidup mereka menghilangkan beban di bahu mereka. Kenapa Waheeda yang dah cukup berharta, bahagia, digilai ramai lelaki dan hidup senang juga yang dipilihnya? Oh lupa, siapa yang tidak mahu anak dara iye tak?

Tapi ingat wahai lelaki semua, sebelum mahu ikut sunnah nabi berkahwin dua tiga mahupun empat, awal-awal dah nampak ketidak-adilan pada diri Akhil Hayy sendiri. Tidak pulang kerumah dalam tempoh yang lama tanpa sebarang khabar berita untuk anak isterti adalah tidak mampu diterima akal. Apalagi pada pandangan seorang wanita yang berada di tempat Maizawati. Usah cerita mengenai payung emas diakhirat kelak, kalau Maizawati dan anak-anak penuh derita dan malu di dunia ini.

Pesanan ikhlas untuk Waheeda, habis kontrak berlakon drama Cafe Akhil Hayy, cukuplah berhubung dengan Akhil Hayy demi kebaikkan semua pihak. Sememangnya, anda (Waheeda) dipandang sebagai insan yang paling bersalah dalam hal ini kerana tanpa anda, jalan cerita “telemovie Akhil Hayy” ini pasti tidak berpanjangan dan apa yang ditakutkan, kerana keegoaan anda, telemovie ini pasti berakhir dengan sad ending tetapi mungkin happy ending bagi diri anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: