Skip to content

Zizan, Johan tidak sebulu?

2 June, 2009

SIAPA yang tidak terhibur dengan gelagat dan kenakalan Zizan dan Johan. Mereka memang mempunyai ‘chemistry’ apabila bersama. Tengok program Raja Lawak dan Jozan Show memang pecah perut dibuatnya, biarpun mereka sering merapu entah apa-apa.


Johan (kiri) dan Zizan.


Raja perhatikan Zizan dan Johan berbakat besar sebagai pelawak, pengacara dan pelakon. Raja dan keluarga cukup terhibur melihat keletah mereka ketika mengendalikan program Jozan Show. Lagak spontan dan usik mengusik mereka cukup mencuit hati, jadi tak salahlah pilihan Astro menggandingkan mereka mengacarakan program realiti mencari bakat pelawak, Raja Lawak selama dua musim berturut-turut.

Raja ada juga menonton drama yang menggandingkan mereka berdua, terhibur juga hati di kala tengah stress mengejar deadline kerja. Bagaimanapun, khabar angin yang tak sedap didengar, Zizan dan Johan kini tidak sebulu lagi. Sebab musababnya Raja tak pastilah, tetapi mereka khabarnya mengelak untuk bertemu muka.

Hai, nampak besar saja masalah mereka. Kalau sudah tak boleh bertentang mata, maknanya krisis antara mereka bukan sikit punya hal. Khabarnya nak mencari mereka juga semakin susah, seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir, tak macam dulu.

Gara-gara pertelingkahan yang berlaku menimbulkan masalah pada pihak produksi mahu menggandingkan mereka. Masing-masing khabarnya tak mahu mengalah. Iyalah mereka kan ada program sendiri, jadi apabila tercetus pergaduhan, pihak produksilah yang tersepit.

Kalau pun dipaksa bergandingan bersama, tetapi mereka tak boleh bekerja, tak guna juga. Mengacara program sambil berlawak bukan boleh dibuat-buat, nanti serba tak kena jadinya.

Apapun, Zizan dan Johan kenalah fikir periuk nasi mereka. Kalau sudah menimbulkan masalah pada pihak produksi, mereka boleh tukar pengacara atau pelawak lain. Kan ramai lagi bakat Raja Lawak berpotensi yang menunggu peluang, pihak produksi tak rugi apa-apa pun.

Nasihat Raja, usahlah terus bermasam muka, buang yang keruh, ambil yang jernih. Setiap manusia tak lepas melakukan kesilapan, marah sikit-sikit tak usahlah berpanjangan dan sampai berdendam. Jangan ikutkan sangat hati yang sedang bergelora, buruk padahnya.

Bukannya apa, kerjaya mereka baru bermula dan nama pula semakin meniti populariti, jangan ranapkan kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi Zizan dan Johan sudah ada platform untuk membina nama dalam program sendiri. Tak semua selebriti bertuah seperti mereka, cuma pandai-pandailah menyusuri onak duri dunia seni, manalah tahu mungkin suatu masa nanti mereka berjaya menggantikan tempat pengacara nombor satu, Aznil Nawawi.

RAJA: Seorang selebriti yang bakal melangsungkan perkahwinan dikatakan anak angkat, patutlah wajahnya tak serupa dengan adik beradik yang lain.

Bersama Raja Nurfatimah Mawar

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: