Skip to content

Manohara Odelia Pinot

3 June, 2009

KUALA LUMPUR: Model Indonesia Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, kembali menjadi tumpuan dengan mendakwa beliau telah dianiayai oleh suami dari kerabat diraja Kelantan itu.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia PinotManohara Odelia Pinot menerima ciuman daripada ibunya sebaik
tiba di rumah mereka di Jakarta, Indonesia.
Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia PinotManohara Odelia Pinot bersama suami, Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di Kampung Kota, Kota Bharu, April lalu.

Semalam, model berusia 17 tahun itu menjadi tumpuan media cetak Indonesia selepas “lari” ketika berada di Singapura.

Laporan Banjarmasin Post yang memetik Manohara, yang berkahwin dengan Tengku Mohamad Fakhry, 31, tahun lalu berkata, model itu telah melarikan diri dari sebuah hotel di Singapura kelmarin.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia Pinot
Walaupun ditahan oleh pegawai-pegawai istana, menurut laporan tersebut, beliau telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura selepas terlihat menerusi CCTV yang Manohara sedang bergelut dengan mereka.

Manohara dilaporkan “bebas” dengan bantuan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Singapura dan kemudian disatukan dengan ibunya yang berada di tingkat bawah hotel berkenaan.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia Pinot

Pasangan Tengku Mohamad Fakhry dan Manohara berada di Singapura untuk menziarahi Sultan Kelantan yang kini menjalani rawatan di Mount Elizabeth hospital.

Berita Kompass pula melaporkan, Kementerian Luar Indonesia akan bertindak jika Manohara membuat aduan rasmi.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia Pinot
Laporan Jakarta Post menunjukkan Manohara dicium oleh ibunya, Daisy Fajarina di rumah mereka di Sipli, Jakarta Barat.

Daisy telah beberapa kali muncul dalam program gosip TV sambil mendakwa anak perempuannya telah diculik dan dianiaya oleh putera tersebut.

Jelas Daisy, beliau akan mengambil tindakan ke atas Tengku Mohamad Fakhry, dan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia yang cuba menutup kes penganiayaan ke atas anaknya itu.

“Perkara yang menjadi kebimbangan ternyata muncul benar. Manohara telah dianiaya secara fizikal. Dia juga telah dicederakan di bahagian dada dengan pisau cukur,” kata Daisy kepada AFP kelmarin.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia Pinot
Kata beliau, Manohara sudah pun memfailkan tuntutan cerai.

Pada sidang media sebaik sahaja tiba di Indonesia, Manohara mengesahkan dakwaan ibunya bahawa beliau telah dianiaya oleh Tengku Mohamad Fakhry.

Manohara yang dipetik AFP berkata, beliau masih “trauma” dengan apa yang terjadi selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Secara diam-diam, katanya, beliau telah memanggil polis Singapura dan merayu bantuan ketika berada di republik itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan Malaysia tidak akan terlibat dalam kes tersebut.

“Saya merasakan ini lebih bersifat soal peribadi. Kita tidak harus diheret ke dalam situasi itu,” katanya di sini.

Belum ada komen daripada kerabat diraja Kelantan.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia PinotPeguam Manohara, Yuri Darmas berkata, model itu akan menjalani pemeriksaan untuk menyokong dakwaan telah dianiaya.

AFP memperoleh maklumat daripada laman web Detikcom, Indonesia memetik seorang kawan putera itu bahawa Manohara telah dibenar meninggalkan hotel secara sukarela dan menyalahkan ibunya mempengaruhi Manohara agar sengaja mereka cerita.

Kawannya, Mohd. Soberi Shafii berkata, model itu akan diperiksa oleh “seorang doktor berkecuali sama ada di Australia, Singapura atau London” untuk menyokong dakwaannya.

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra | model Manohara Odelia Pinot Artis Indonesia | Indonesia celebrity | gambar perkahwinan tengku fakhry petra dan Manohara Odelia PinotManohara Odelia Pinot bersama suami, Tengku Temenggong Kelantan ,
Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama keluarga


[sumber]

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: