Skip to content

Bukan soal nak kurus – Syanie

4 June, 2009

Syanie terpaksa lakukan pintasan usus untuk atasi serangan asma

SUDAH lama dinasihat doktor supaya menjalani pembedahan pintasan usus (gastric bypass), namun acap kali hasrat itu ditunda kerana takut memikirkan risiko serta kesakitan yang terpaksa ditempuhinya.


SYANIE mula menyedari masalah gemuk mengundang bahaya selepas diserang penyakit asma.

Namun, apabila diserang asma sehingga pernah ditahan di hospital tahun lalu, doktor memberikan Syanie pilihan – bertarung antara hidup dan mati.

Nasihat doktor itu membuatkan Syanie berfikir panjang. Selepas berbincang dengan keluarga, dia nekad untuk menjalani pembedahan dan melawan ketakutan demi kesihatannya.

Syanie atau nama penuhnya, Syaniza Hisham, 35, yang ditemui di Hospital Pakar Damansara, petang kelmarin, berkata dia menjalani pembedahan di bawah seliaan seorang pakar dari Amerika Syarikat pada pagi 28 Mei lalu.

“Disebabkan ingin sihat, saya kuatkan juga semangat untuk menjalani pembedahan ini walaupun takut. Sudah lama doktor nasihatkan saya lakukan pembedahan tetapi sering saya tidak endahkan.

SYANIE tidak sunyi kerana dua adiknya, Syazril Hafiz (kiri) dan Syazril Damak sentiasa di sisi untuk menceriakannya.

“Selepas mendapat asma dan sering mengah apabila banyak bergerak, bahkan tubuh besar juga menyukarkan saya untuk memandu membuatkan saya tidak mampu menangguhkannya lagi.

“Alhamdulillah, selepas lebih lima jam proses pembedahan berjalan semuanya selamat. Keadaan kesihatan saya juga semakin beransur pulih.

“Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi saya sudah boleh pulang ke rumah,” kata Syanie yang masih lemah namun tetap ramah menerima kedatangan tetamu yang menziarahinya.

Beritahu Syanie, selesai pembedahan dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari untuk pengawasan kerana bimbang berlaku kebocoran pada usus yang baru dibedah itu.

APAKAH badan Syanie akan susut begini selepas menjalani pembedahan pintasan usus?

Namun, dia bersyukur kerana semua proses berjalan baik dan ketika ditemui, doktor baru saja mencabut saluran tiub di badannya.

“Cuma ketika ini saya masih loya kerana banyak angin. Doktor sudah berpesan jika mahu cepat keluar hospital, saya kena banyak minum air,” kata Syanie yang ditemani adiknya, Ayin dan Hafiz sepanjang di hospital.

Akui Syanie, dia cukup takut untuk menjalani pembedahan itu namun bernasib baik kerana sepupunya dibenarkan menemani sepanjang dia berada di dewan pembedahan.

“Dia banyak membantu tenangkan saya menghadapi saat mendebarkan itu. Maklum, keluarga saya agak emosional dan mudah menitiskan air mata.

“Ketika dibawa masuk ke dewan pembedahan, saya kuatkan semangat dan tahan air mata supaya tidak mengalir kerana tidak mahu mereka susah hati,” katanya.

Kata Syanie, keluarganya berdepan detik mendebarkan apabila pembedahan itu menghadapi sedikit masalah dan berlarutan hingga hampir enam jam.

“Mummy (Ruhani Abdul Rahman) paling panik kerana sebelum itu doktor memberitahu semua akan selesai jam 12 tengah hari. Tetapi, selepas jam 1 berlarutan hingga jam 2 petang pembedahan masih tidak selesai, mummy mula suspen.

“Hanya pada jam 3 petang semuanya selesai tetapi mummy tetap panik kerana saya belum sedar,” katanya.

Beberapa jam selepas pembedahan, kata Syanie, dia mula terasa kesan keperitan apabila doktor terpaksa memasukkan corong pernafasan menerusi rongga hidungnya disebabkan mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Apabila tersedar, saya terasa begitu terganggu dan cukup menyakitkan. Saya mula tertanya mengapa perlu saya melakukan pembedahan yang cukup menyakitkan ini,” katanya.

Berat ideal dalam masa dua tahun

SYANIE berkata, doktor meletakkan sasaran dia akan mencecah berat badan ideal sekitar 70 hingga 80 kilogram dalam tempoh dua tahun.

Sepanjang tempoh itu juga, Syanie berkata, dia perlu berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup sihat termasuk melakukan senaman supaya tidak berdepan masalah lagi.

“Dulu saya tidak pernah fikir kegemukan akan mengundang masalah lain. Saya tidak pernah kisah berbadan besar kerana badan ini membawa rezeki.

“Tetapi apabila sakit, baru saya terfikir kenapa saya sanggup mengikut kata hati hingga membahayakan diri sendiri. Selepas pembedahan ini, gaya hidup keluarga juga akan berubah.

“Ia secara tidak langsung turut mendisiplinkan mereka kerana ada makanan tertentu yang saya tidak boleh jamah.

Syukur kerana keluarga semua merestui malah banyak memberi sokongan ketika saya melalui detik sukar ini.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak hospital yang begitu mengambil berat daripada awal hingga selesai pembedahan,” katanya.

Kata Syanie, ketika ini dia sedang belajar mendisiplinkan diri dengan menjamah makanan mengikut aturan waktu yang ditetapkan.

“Saya cuma akan menjamah makanan selepas setengah jam minum. Begitulah sebaliknya. Semalam apabila melihat adik menikmati ais krim, terliur sangat tetapi saya tahan selera.

“Doktor sudah berpesan, selain ais krim, ayam goreng serta makanan berlemak adalah antara hidangan yang perlu saya hindari.

“Alhamdulillah, teman juga banyak memberikan sokongan malah Chef Zam turut berkongsi pengalaman kerana dia pernah menjalani pembedahan yang sama tidak lama dulu,” katanya.

3 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    4 June, 2009 pm

    kuatkan semangat ye k.syanie.. mdh2 an k.syanie akan sht spnuhnya.. Insyllh. setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya… go go chaiyuk!

  2. jelita permalink
    4 June, 2009 pm

    Mari kite sokong dan doa tok syanie agak die dpt mendisiplinkan dirinyer tok diet yang sihat seperti saranan Dr..

  3. 4 June, 2009 pm

    InsyaALLAH…semoga usaha syanie akan membuahkan hasil…you go syanie…aik?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: