Skip to content

Rentetan perjalanan Muktamar Muslimat PAS ke-49 (terkini)

4 June, 2009

Acara bakal dimulakan sebentar lagi dengan perasmian pembukaan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan ucaptama Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh akan menyusul selepas itu.Sila baca dari bawah.

8.20 pagi SHAH ALAM, 5 Jun – Ketibaan dif-dif kehormat masuk ke dalam stadium.

Perwakilan mula memenuhi ruang kerusi-kerusi di bawah stadium. Ruang pemerhati di bahagian atas stadium semakin mula dimasuki para pemerhati.
8.00 pagi SHAH ALAM, 5 Jun – Muktamar Pas Pusat kali ke 55 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Suasana di luar stadium yang kini kelihatan mula dipenuhi para perwakilan dan tetamu.
Ruang kiri bawah stadium mula dipenuhi petugas-petugas media masa parti dan luar.
7.00 pagi SHAH ALAM, 5 Jun – Petugas muktamar mula sibuk menyiapkan tugasan akhir masing-masing.

Diluar stadium ‘tentera-tentera merah’ sibuk menguruskan lalu lintas. Mereka kelihatan tegak bersemangat memastikan lalu lintas berjalan lancar.


7.10 malam SHAH ALAM, 4 Jun – Ketua pemilihan Dewan Muslimat, Mad Diah mengumumkan senarai pimpinan baru Dewan Muslimat bagi sesi 2009-2011.

Dewan Muslimat sekali lagi diterajui penyandangnya Ustazah Nuridah Mohd Salleh, manakala bagi jawatan Timbalan Ketua di sandang YB Siti Zailah Mohd Yusoff.

Turut diumumkan 12 nama Ahli Jawatankuasa Dewan. Jawatan pengerusi tetap dan timbalannya disandang Nor Hashimah Deraman dan Wan Hamidani Wan Ahmad

6.00 petang SHAH ALAM, 4 Jun – Muktamar Dewan Muslimat menerima tetamu gerakan Islam Antarabangsa Umm ‘Aseem. Beliau merupakan isteri Dr. Marwan Abu Ras, Ahli Majlis Perundangan Palestin dan Ketua Lembaga Ulamak.

Beliau yang tercedera akibat terkena serpihan peluru berpandu yang dilancarkan untuk membunuh Shaikh Ahmad Yaasin itu turut berkongsi cerita sedih yang dihadapi pejuang Islam dan keadaan penduduk di Palestin.

DMPP turut melancarkan dana bagi membantu meringankan beban saudara Islam disana.

4.25 petang SHAH ALAM, 4 Jun Dewan masih lagi dalam perbahasan Ucaptama Ketua DMPP dari perwakilan negeri Melaka, sementara itu dalam masa yang sama, sesi pengundian masih lagi berjalan di dewan bersebelahan.

3.15 petang SHAH ALAM, 4 Jun Perbahasan Ucapan Dasar Ketua DMPP bermula dengan usuk dari muslimat Pulau Pinang dan negeri Pahang.

3.00 petang SHAH ALAM, 4 Jun Para perwakilan Dewan Muslimat PAS sedang memulakan proses undian untuk memilih barisan kepimpinan sayap itu bagi penggal 2009-2011.

2.15 petang SHAH ALAM, 4 Jun Sidang muktamar dimulakan kembali, para perwakilan mengambil  tempat. Setiausaha Dewan Muslimat, Salbiah  Abd Wahab membentang laporan tahunan. Laporan dan penyata kewangan mula di bahas dan diterima.

Jawatakuasa Pemilihan calon Pas, Mat Diah memberi penerangan berkenaan proses dan tatacara pemilihan yang akan di buat sebentar lagi.

Pemilihan melibatkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 ahli Jawatankuasa Kerja dan dua Pemeriksa Kira-Kira.

Bagaimanapun, jawatan bagi Naib Ketua telah dimenangi Senator negeri Kelantan, YB Senator Mumtaz Md Nawi. Juga jawatan pemeriksa kira-kira, Basmatul ‘Uyun Yusof dan Wan Hasna Wan Ismail menang tanpa bertanding.

11.30 pagi SHAH ALAM, 4 Jun Muktamar Dewan Muslimat sedang berhenti seketika memberikan laluan petugas menyiapkan dewan untuk Sidang Muktamar yang akan berlansung jam 2 petang ni.

Manakala para perwakilan sedang diberi taklimat bagi pemilihan petang nanti.

10.45 pagi SHAH ALAM, 4 Jun – Muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat’ akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

DMPP turut mengadakan pelancaran buku-buku terbitannya yang akan dilaksanakan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

9.20 pagi SHAH ALAM, 4 Jun – Ucapan Aluan dari Penyelarasan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAs Pusat kali ke-49 Puan Salbiah Abdul Wahab di teruskan dengan Ucaptama Muktamar oleh Ketua Dewan Muslimat PAs Pusat.

Persembahan menarik montaj Multimedia Jabatan IT Muslimat (JITM) Dewan Muslimat menjadi selingan acara.

8.50 pagi SHAH ALAM, 4 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-49 sudah membuka tirainya, Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran dari adik Arif Adli disusuli lagu NegaraKu dan lagu rasmi Parti Islam Semalaysia.

Montaj pembukaan Muktamar mula ditayang, muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat’ akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Di atas pentas Dewan Banquet kelihatan ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Taib Azamuden diiringi isteri. juga Ketua  Wanita PKR. Di bahagian kanan dan kiri pentas tersusun putih hijau barisan Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas yang dipimpin Nuridah Mohd Salleh.

Hadir sama, pencinta bahasa Profesor Emeritus Datuk Dr.Nik Safiah Karim, Puan Ainon, Dato’ Bandar Shah Alam dan Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Manakala, di bahagian belakang dewan dipenuhi para blogger dan pemerhati.

8.00 pagi SHAH ALAM, 4 Jun – Muktamar Dewan Muslimat kali ke 49 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Dewan Bankuet yang kini kelihatan mula dipenuhi para perwakilan dan tetamu.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: