Skip to content

Stadium: Pemuda PAS Desak Exco Letak Jawatan

4 June, 2009

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mendesak exco kerajaan berkaitan, meletak jawatan ekoran kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak runtuh pagi semalam.

Ketuanya, Mohd Noor Hamzah berkata, exco berkenaan harus mengambil bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku ke atas stadium berkenaan.

“DPPNT hairan kenapa projek stadium yang menelan belanja RM270 juta itu, yang dirasmikan pada 10 Mei 2008, mengalami kerosakan yang begitu teruk, walaupun usianya baru mencecah setahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, 60 peratus bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter runtuh.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

“Kami difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya tidak terlibat dalam projek ini secara langsung kerana ia diuruskan oleh sebuah konsultan,” kata Mohd Noor.

“DPPNT bimbang wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Stadium yang berstatus mega tersebut,” katanya.

Alu siasatan SPR

Sehubungan itu, katanya, DPPNT mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi terhadap insiden tersebut.

Beberapa pegawai SPRM dilihat mengambil gambar dan menemubual saksi di tempat kejadian semalam.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Sabri Hussin juga dilaporkan dilihat di tempat kejadian tengahari semalam.

Seorang pegawai SPRM dilaporkan berkata, siasatan itu membabitkan pemberian dan pengurusan kontrak pembinaan stadium itu kepada firma dari Korea Selatan.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada wujud unsur-unsur rasuah dan salah pengurusan. – malaysiakini

One Comment leave one →
  1. jelita permalink
    4 June, 2009 pm

    Apepun biarla kes itu disiasat tanpa menuding jari pada sesetengah pihak..kejadian seperti ini adalah diluar jangkaan walaupun telah dirancang dan dilihat dr pelbagai aspek semasa pembinaannya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: