Skip to content

Suami ‘nakal’ masuk lokap

4 June, 2009

KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan perangai miang suami sering menghendap dan mencabul pembantu rumah, seorang wanita nekad mengambil tindakan mengheret amah berkenaan ke balai polis.

Tindakan wanita berusia awal 40-an terbabit menyebabkan suaminya diberkas polis sebelum meringkuk dalam lokap susulan laporan dibuat amah terbabit, Jumaat lalu.

Lelaki terbabit turut mempunyai hobi menjijikkan iaitu gemar menunjukkan aksi lucah di hadapan pembantu rumahnya dan menayangkan filem lucah sewaktu isteri dan anak tiada di rumah.

Sumber polis berkata, sikap nakal lelaki berusia 40-an itu bermula sejak pembantu rumah berusia 22 tahun itu bekerja dengan pasangan suami isteri terbabit, Ogos tahun lalu.

Dia kemudian sering mencari peluang melakukan gangguan seksual terhadap pembantu rumah terbabit yang dianggapnya sebagai sasaran mudah.

Dalam satu kejadian 13 Mei lalu, lelaki berkenaan cuba mencabul mangsa ketika kediamannya di Bandar Puteri Puchong di sini, terputus bekalan elektrik.

Gangguan itu memaksa isteri dan anak lelaki berkenaan menumpang di rumah saudara berdekatan sementara menunggu bekalan elektrik pulih.

“Pada masa itulah, pembantu rumah terbabit yang berada bersendirian masuk ke bilik tidur sekitar jam 11.30 malam untuk melelapkan mata.

“Mangsa yang berada di atas katil tidak menyedari majikan lelakinya menceroboh masuk ke bilik sebelum selamba baring sebelahnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang cuba dihalau pembantu rumah itu mengambil kesempatan memeluk mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu berjaya melarikan diri dari rumah berkenaan.

Dia turut cuba mendapatkan bantuan jiran majikannya dan menghubungi ejen pembantu rumah, namun tidak mendapat perhatian.

“Mangsa sebaliknya diarah pulang ke rumah majikannya. Dia bagaimanapun serba salah untuk menceritakan masalah dihadapi kepada isteri lelaki itu berikutan bimbang dibuang kerja.

“Gangguan seksual dialaminya berterusan apabila suspek sekali lagi cuba mencabul mangsa ketika memasak di dapur. Dia menghampiri amah itu dari belakang sebelum melondehkan seluar mangsa hingga ke paras lutut.

“Lelaki itu kemudian mahu memperkosa mangsa yang menjerit ketakutan sebelum diugut akan dibunuh sekiranya masih terus menentang niat jahatnya itu,” katanya.

Sumber polis itu menyatakan amah berkenaan yang tidak tahan dengan penderitaannya mengadu kepada saudaranya sebelum sampai ke pengetahuan isteri majikannya itu.

“Isteri suspek yang bekerja sebagai ejen hartanah berang dengan perbuatan suaminya selepas mendengar sendiri pengakuan mangsa. Dia membawa gadis itu membuat laporan di Balai Polis Puchong di sini, Jumaat lalu,” katanya.

Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berkenaan pada jam 9.50 malam semalam.

Suspek yang ditahan reman kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

11 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    4 June, 2009 pm

    aiyoyoyoooo

  2. 4 June, 2009 pm

    Dunia dah nak sampai ke penghujung…Macam2 benda yg jadi kan….

  3. jelita permalink
    4 June, 2009 pm

    Ermm..bahaye tol so jgn la amik pembantu rumah yg cantik n muda yer kwn2..nnt laki nakal kat belakang kit..hehehehe

    • hafizah permalink
      16 November, 2009 pm

      sebenrnya bukan isu pembantu muda @ pembantu tua,tetapi kes terlalu megikut hawa nafsu.ini akibat diri manusia terbabait terlalu jauh dengan Allah…(iza lam yastahi,if’al ma syikta!)-jika kamu tidak rasa malu maka buatlah apa y kamu suka!-mka dengan demikanlah jika rahmat Allah dah jauh,segalanya Allah biarkan berlaku…saudaraku,,,masalah y giat bermain di mata masyarakat umat sekarang sering mempersalahkan wanita.LELAKI!…adah pemimpin y dioperintahkan Allah untuk menjaga kaum wanita ini,bukan memusnahkan kaum y lemah ini…sedarlah seorang wanita itua dalah tanggungjawab antum sekalian,peliharalah mereka dengan sebaiknya,berikanlah haq2 y kebebasan y sepatutnya,bukan hanya kepada golongan isteri sahaja y patut antum sayangi,hormati,malah wanita di luar sana pun,cara bagaimana?…antum tidak perlu membuat apa2 cukup sekadar menundukkan pandangan mata nafsu seorang lelaki tersebut,pelihara diri antum dr siksa api neraka Allah y amat dahsyat tuu..setiap perhubunga tersebut cendenrong berlaku disebabkan LELAKI y kurang “mejaga”,jd sedarlah,bukan wanita y perlu dipersalahkan seratus peratus,kerana memang asal bentuk kejadian wanita ini daripada tulang y bengkok,oleh itu,kaum adam sekalian…bBANGUNLAH!SEDAERLAH! …kaum wanita ini perlukan perhatian y wajar…tunjuklah ke arah apa y disyariatkan agama…sebagai perkongsian lagi,seperti mana y telah ditunjukkan oleh Nabi saw y sangat menyayangi kaum wamita…bertanggungjawablah,jauhi diri dari zina!

  4. flowerHoRN permalink
    5 June, 2009 am

    halloooo….tumpang lalu ya

  5. flowerHoRN permalink
    5 June, 2009 am

    cam best jerk kat sini……..

  6. 5 June, 2009 am

    Tima kacih yea flowerhorn sebab bagi komen…nanti signlah guestbook kat first page tu yea….🙂

  7. alin permalink
    5 June, 2009 pm

    erm.. tindakan pembantu rumah dan isteri lelaki “nakal” tu memang bijak.. jgan biarkan je si pencabul2 terlepas.

  8. GLORY..GLORY MAN UTD permalink
    6 June, 2009 am

    ish ish ish……..
    ape la nak jadik sekarang nie.
    ade pembantu rumah yg boleh ringankan tugas isteri, laki pulak nafsu cam binatang.ade jugak org mcm ni kan.

  9. 6 June, 2009 am

    Tu lah masalah nye…apa nak jadi yea?

  10. abahnanadz permalink
    19 May, 2010 pm

    tak payah pakai pembantu rumah,kurang beban,hantar jer anak2 ke nurseri,siap dengan didikan awalan kanak2 lg.cuma janji ngn anak2 bila kita jadi warga emas nnt jangan pulak diorang membalas dendam .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: