Skip to content

Dynas kembali bersemangat

5 June, 2009

Dynas yang sekadar menonton majlis itu di rumah sebenarnya tidak dapat hadir kerana ketika itu, dia masih dalam pantang selepas seminggu peristiwa itu menimpa dirinya.

DI sebalik kemenangan pelakon Wan Intan Edrinaz Wan Mokthar atau Dynas menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) pada 12 April lalu, terselit duka bila dia mengalami keguguran anak sulung yang baru berusia tujuh bulan.

Namun, biarpun dia bersedih, dia tetap gembira dengan kemenangan kali kedua itu yang disifatkan sebagai kejutan peminat pada pencapaian karier seninya selama ini. Selepas berehat seketika hampir dua bulan, kini Dynas kembali dengan semangat baru untuk terus bekerja.

Ketika fotografi Rap bersama Dynas yang diadakan di studio Balai Berita baru-baru ini, Dynas kelihatan ceria, tersenyum dan bersemangat untuk bercerita perkembangan baru dirinya.

Katanya, dia berhasrat untuk melupakan peristiwa lalu yang pernah berlaku pada dirinya dan mahu teruskan hidup baru dengan aktiviti lakonan.

“Selepas habis pantang, Isnin minggu lalu saya sudah kembali ke lokasi penggambaran. Saya terbabit dengan drama Kala Hati untuk slot Samarinda di TV3. Dalam drama ini, saya membawa watak utama bersama Adi Putra dan dibantu pelakon lain seperti Pushpa Narayan.

“Menariknya, watak saya adalah anak orang kaya yang suka bersosial dan kemudian bertunang atas kehendak keluarga. Namun, watak saya dengan Adi sebenarnya tidak kenal rapat antara satu sama lain tetapi kami berusaha untuk berbaik bila keluarga mahu kami berkahwin.

“Berbanding lakonan saya sebelum ini menerusi Julia Juli, watak saya lebih kebudakkan tetapi kali ini menjadi manja dan playful. Buat masa ini, saya hanya memberi fokus pada satu drama saja pada satu masa. Ada juga tawaran drama lain dan filem yang saya terima tetapi saya tolak.

“Ketika berpantang dan asyik duduk di rumah dulu, fikiran saya kerap teringat pada anak saya tetapi kini perasaan saya makin tenang. Ini semua atas sokongan suami (Mohd Hafizy Mohd Hafiz) dan keluarga kedua pihak dan saya bersyukur kerana mereka banyak beri perhatian ketika saya sakit.

“Walaupun saya kembali bersemangat untuk bekerja tetapi saya masih berasa gusar sedikit untuk bertemu orang sekeliling yang akan bertanya peristiwa yang sama. Sebolehnya saya tidak mahu orang lain kasihan dengan diri saya kerana saya sudah sihat.

“Sebelum ini, banyak panggilan yang saya terima tetapi saya lebih mengambil sikap berdiam diri. Saya harap orang lain tidak tanya peristiwa ini lagi bila bertemu saya,” katanya.

Mengenai kemenangan kedua pada ABPBH 2008 pada tahun ini, Dynas tidak menyangka peminat masih memberi kepercayaan dan sokongan padanya untuk menjadi pemenang kategori berkenaan. Biarpun tidak dapat hadir pada majlis itu, dia tetap gembira dan menerima banyak ucapan tahniah menerusi kiriman SMS.

“Bila dua kali menang anugerah ini, saya tidak sangka saya mempunyai ramai peminat. Mungkin sebagai membalas jasa peminat, saya berhasrat untuk mengadakan aktiviti riadah bersama peminat.

“Mungkin saya akan adakan perlawanan bowling bersama peminat tetapi saya tidak tahu berapa ramai yang akan hadir.

“Saya ingin jemput peminat menerusi Internet seperti Facebook saya atau laman perniagaan saya, http://www.dna.com.my. Jika boleh selepas ini, saya mahu luangkan masa bersama peminat dalam pelbagai aktiviti. Jika difikirkan, sejak saya membintangi drama Gerimis Salju tiga tahun lalu, jadual kerja saya sibuk hingga tidak cukup masa berehat.

“Saya pernah tidur seketika di tempat letak kereta selepas habis penggambaran jam 6 pagi sebelum menunggu temubual bersama satu stesen TV jam 9 pagi.

“Bagaimanapun, saya tidak meletakkan sasaran beberapa drama atau filem yang saya jayakan tetapi ia bergantung pada masa dan kelapangan saya ketika itu,” katanya.

Dynas yang kelihatan anggun mengenakan tudung untuk fotografi kali ini mengakui dia pernah mempunyai niat untuk menampilkan imej sedemikian ketika di sekolah menengah.

“Bagaimanapun, hingga kini dia belum tergerak hati untuk pakai tudung sepenuhnya. Katanya, perubahan diri seperti imej bertudung perlu dibuat dengan hati ikhlas dan terbuka.

Dalam kesibukan berlakon, Dynas menyatakan dia masih turun padang menguruskan perniagaan butik DNA Celebritystyle yang dimiliki bersama rakan karibnya, Awal Ashaari dan beroperasi di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Katanya, perniagaan menjual pelbagai pakaian dan aksesori diri yang diimport dari China, Manila dan Bangkok itu menunjukkan kemajuan dari aspek jualan.

“Ramai yang gemar membeli menerusi Internet. Saya pula merasakan perlu kerap ke butik untuk memastikan perniagaan berjalan lancar. Setakat ini, saya masih mampu menggalas tiga tanggungjawab sebagai pelakon, ahli perniagaan dan isteri di rumah.

“Suami saya tetap memahami kerjaya saya tetapi dia masih tetap dengan syarat, saya harus pulang ke rumah sebelum jam 12 tengah malam. Ada produksi yang faham dan tidak mempunyai masalah untuk sesuai jadual saya dengan penggambaran.

“Berbekalkan semangat baru, saya berazam untuk meluangkan masa dengan diri sendiri dan keluarga. Berbeza dengan semangat saya ketika mula kerja dulu yang kerap berlakon, saya mula beranggapan kerjaya bukan segalanya.

“Hidup saya bersama suami masih belum lengkap tanpa kehadiran anak. Apapun, saya berharap agar lebih berjaya dalam kerjaya dengan cara pengurusan masa yang bijak,” katanya.

>Profil

NAMA: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

NAMA KOMERSIAL: Dynas

TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983

UMUR: 26 tahun

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor

PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008.

FILEM: Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya, Main-Main Cinta, Haru Biru, Kayangan, Impak Maksima, Dunia Baru The Movie dan Apa Kata Hati.

DRAMA: Gerimis Salju, Di Bawah Ketiak Isteri, Ezora, Ai Di Beijing, Julia Juli dan Kala Hati

One Comment leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    5 June, 2009 am

    cian dia… insyllh ada rezki lain. jgn pts asa.. go go chaiyuk! eh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: