Skip to content

Ingatkan dah senyap… Kerajaan Perpaduan Berbunyi Lagi Di Muktamar

5 June, 2009

Kerajaan Perpaduan Berbunyi Lagi Di Muktamar

Bernama melaporkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi menyeru ulama Pas berperanan meyakinkan anggota parti untuk menyokong idea baru seperti pembentukan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Pas bukan parti yang memerintah negara, tetapi realiti politik semasa memerlukan Pas dipimpin ulama bagi memastikan pergerakan, dasar pelaksanaan dan keputusan yang dilakukan selari dengan kehendak Islam.yang hairannya Surat khabar UMNO yang sibuk mewar-warkannya.. apa tujuan semua ini… kut mana pun ada kaitan dengan ulamak… jarum kecil menunjukan ulamak mesti menang jadi Timbalan Presiden… itu agenda Berita harian dan UMNO…..

Beliau berkata golongan ulama dalam parti itu perlu mengkaji konsep berkenaan termasuk daripada sudut sejarah dunia supaya anggota parti dapat menyokong cetusan idea Abdul Hadi itu.

“Konsep kerajaan perpaduan ini telah dilaksanakan di Afrika Selatan, di Indonesia dan juga di Britain (selepas Perang Dunia Pertama),” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-48 di Auditorium Muzium Negeri di sini, hari ini.

Isu Kerajaan Perpaduan yang telah menjadi isu besar yang menyebabkan perpecahan di dalam parti tidak sewajarnya ditimbulkan lagi kerana idea itu telah ditarik balik oleh Presiden PAS.

Rupa-rupanya para ulamak PAS masih lagi beriya-iya ingin menjadikan gagasan Kerajaan Perpaduan sebagai satu realiti sekalipun konsep kerajaan perpaduan yang diutarakan masih kabur serta belum ada model di dunia ini yang benar-benar menepati kehendak dan ajaran Islam.

Kita tertanya-tanya apakah langkah B.J. Habibie di Indonesia yang menjadi rujukan utama Presiden PAS itu telah berjaya mengekang segala masalah di negara tersebut melalui gagasan kerajaan perpaduannya?

Kita juga ingin bertanya mengapa konsep itu hanya laku jika Pak Lah masih berkuasa dan ianya tidak boleh lagi terpakai apabila orang lain (Najib) menjadi Perdana Menteri.

Kelab GB pernah mengulas isu ini dan kami menganggap ia sebagai panggilan yang melecehkan kemenangan Islam.

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Jarum kecil menunjukan ulamak mesti menang jadi Timbalan Presiden

Berita Harian Online sekejap tadi ada menceritakan ucapan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Muhamed Daud Iraqi meminta semua ulama meyakinkan ahli-ahli PAS supaya sokong idea Presiden dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan. Berita lanjut boleh baca di sini

Dalam hal ini kalau tak silap ingatan aku, perkara ni mengikut kata Presiden TGHH dikeluarkan dari Agenda setelah Najib jadi PM… jadi kenapa perkara isu ni dibangkitkan semula.. tak perlu diungkit suruh buat lagi…


Kemudian kita sendiri dapat lihat… apa reaksi pihak UMNO dan BN… tiada apa-apa jawapan ataupun reaksi positif mengenai kerajaan perpaduan… tup-tup isu ni ditimbulkan semula… yang hairannya Surat khabar UMNO yang sibuk mewar-warkannya.. apa tujuan semua ini… kut mana pun ada kaitan dengan ulamak… jarum kecil menunjukan ulamak mesti menang jadi Timbalan Presiden… itu agenda Berita harian dan UMNO…..


Lagi satu bagi aku sebagai ahli PAS aku akur akan apa keputusan pimpinan dalam hal kerajaan perpaduan… di Indonesia memang berjaya… tapi itu Indonesia… kita di Malaysia selagi adanya UMNO sorry… mana mau UMNO nak buat begitu……tetapi harus kita ingat… ahli PAS baru berapa juta… dalam pada tu belum tentu semua ahli setuju lagi kerana tak faham…

Pengundi atas pagar… belum tentu setuju… sedangkan mereka buat masa ini sudah menolak UMNO dan menerima PR sebagai ganti… begitu juga pengundi Cina dan India.. mereka sanggup jadi ahli kelab penyokong PAS… tup-tup kita nak tubuh kerajaan perpaduan dengan UMNO…sedangkan sifat kedajalan UMNO dah terbukti semakin hari semakin bertambah kedajalannya…

Apakah kita mahu lagi membentuk kerajaan perpaduan… entahlah.. terpulang kepada masing-masing memikirkankan… yang penting apakah agenda ini kebaikan pada Parti bila menjelangnya PRU 13 nanti.


Kalau kerajaan PR Perak pun UMNO begitu rakus merampasnya… inikan pulak negara Malaysia..

………………………………………………………………………………………………………………………..

Jika diteliti wawancara the star dengan ust nasha jelas beliau tidak dapat membaca umno ‘he insists one should not close one’s door even to one’s enemies’. Ust nasha telah termakan racun perkauman umno dan inilah yang mendorong mat sabu dan husam menentang nya. Kalau kurang pasti bolih tanya mereka. Saya kira kalau benda simple macam ini pun ust nasha gagal membaca niat busuk umno beliau tidak layak memegang sebarang jawatan dalam pas.

…………………………………………………………………………………………………………………….

utusan nampaknya sengaja menangguk di air yang sedang kembali jernih, ust daud iraqi akhir-akhir ini banyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan buat pas, tidaklah ada sekatan dari kebebasan bersuara, namun apa yang ditimbulkan seolah-olah sengaja untuk beragenda, sama ada sesuatu agenda yang datang dari dirinya atau orang lain, sepatutnya PAS perlu waspada kerana PAS sedang didekati dan dipantau, jangalah nantiakhirnya baru nak masuk rumah tetamu sudah lari kerana tuan rumah rupanya porak peranda lebih dari tetamu.

Pas Dalam apa jua keadaan perlu sentiasa mengawal apa saja sentimen pada waktu ini dan perlu tegaskan dan jelaskan kerjasama mereka samada tekad bersama PR atau memikirkan unity gonverment dengan umno, inilah yang dimahukan oleh rakyat, perlu jelas dan sekata, tiada dua tiada tiga, biarlah berkelompok tapi suaranya satu, PAS jangan lari dari tujuan yang telah ditekadkan bersama itu. jika tekad bersama PR, DAP dan PKR sedia melangkah arah bersama dan barang diingat juga atas pagar CINA dan INDIA serta MELAYU yang inginkan perubahan juga bersama mereka walau mereka ATAS PAGAR ataupun UBN.

Jika bersama umno maka seluruh bn semalaysia sedia selingsing tangan untuk bersama mendukung PAS dan natijahnya adalah melayu di kalangan umno dan non-malay dari bn akan setia bersama PAS tapi tidak menjanjikan seribu kepastian, namun perlu bercerai dari PR dan seluruhnya.

PAS BERLU BINGKAS!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: