Skip to content

Maut bersama ibu

5 June, 2009

MACHANG: Hajat seorang suri rumah untuk menghadiahkan sebotol kicap kepada ibu dan kakaknya tidak kesampaian apabila maut bersama bayi lelakinya berusia lima bulan dalam kemalangan ngeri di Kilometer 47.5, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, mangsa, Rusnira Ariffin, 32, dan anaknya, Mohd Adam Danish Mohd Khairul Anwar, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Waja dipandu suaminya melanggar longkang konkrit.

Difahamkan, akibat kejadian itu, mangsa yang duduk di bahagian depan bersama bayinya dikatakan tersepit dan meninggal dunia akibat hentakan kuat di bahagian dada menyebabkan pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan kedua mayat mangsa.

Kejadian itu turut menyebabkan suami mangsa, seorang anggota tentera berpangkat sarjan, Mohd Khairul Anwar Mohammad, 36, dan dua anak mereka, Mohd Airiq Darwish, 7, dan Mohd Aniq Danial, 9, cedera parah.

Semua mereka dihantar ke Hospital Machang sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, keluarga malang terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Wakaf Bharu dan sebaik tiba di Kampung Pangkal Petai, Machang, kenderaan dipandu Mohd Khairul Anwar dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembetung longkang di tempat kejadian.

Kakak sulung mangsa, Rusniza Ariffin, 39, berkata dia tidak menyangka kepulangan arwah adiknya bersama keluarga ke kampung membawa berita buruk.

Menurutnya, kali terakhir dia menghubungi adiknya itu pada 2 Jun lalu selepas berjanji mahu membelikan beberapa botol kicap selepas sebuah pasar raya di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur mengadakan jualan murah.

“Saya ingat lagi arwah bersungguh-sungguh mahu membelikan saya dan ibu botol kicap,” katanya.

Katanya, dia terkilan dengan kematian adiknya dalam keadaan menyayat hati selain sebak melihat beberapa botol kicap diserahkan anggota polis ketika membuat siasatan di bilik mayat Hospital Machang.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wakaf Bharu selepas solat Zuhur.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang,😄 Zuandy Mohd Nor yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang maut memangku bayinya di tempat duduk hadapan.

One Comment leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    5 June, 2009 am

    ksiannya.. mdh2 an roh mereka diletakkan di kalangan orang2 beriman.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: