Skip to content

mee bandung 18SX

5 June, 2009

Dalam beberapa tahun,kebelakangan,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina …

Suatu hari, Sutina, yakni orang gajinya telah memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung …

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana …

Beliau berjanji akan menanggung segala kos perbelanjaan untuk anak tersebut sehingga anaknya mencapai umur 18 tahun …

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian berpakat menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti …

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang agak keliru …

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.

“Oh, tak pe … bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung – 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”

2 Comments leave one →
  1. puteriaquarius81 permalink
    10 July, 2009 am

    hihi hoho hahampeh… terlebih sudah

  2. catalina permalink
    12 July, 2009 pm

    adoi puteri, lawak betoii !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: