Skip to content

Najib Nafi Mengenali Altantuya Apabila Diasak Media Antarabangsa

5 June, 2009

Najib Diasak Media Antarabangsa Mengenai Altantuya Di China

Perdana Menteri Najib Razak menafikan beliau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu apabila diasak oleh media antarabangsa semasa lawatan rasmi beliau ke China yang bermula Selasa lalu.

Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya "ketawakan" sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu."Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya “ketawakan” sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu.”Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun…Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu,” kata Najib.

Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya “ketawakan” sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu.

Najib berkata kepada AP  “beliau tidak ada kena mengena” dengan Altantuya, bekas model dan penterjemah yang didakwa mempunyai hubungan asmara dengan penasihat politik Najib, Razak Baginda.

Menurut laporan itu hubungan rapat Najib dengan Razak menimbulkan kemungkinan beliau terkait dengan kes pembunuhan tersebut.

“Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun…Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu,” kata Najib.

Sebagai bukti, Najib merujuk kepada laporan Altantuya menginap di “hotel dua bintang” sahaja sebelum kematian tragisnya.

“Kalaulah dia teman wanita saya sudah tentu beliau akan rasa terhina sekiranya saya tempatkannya di hotel seperti itu,” kata Najib sambil ketawa.

Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

http://www.tvantara.com

One Comment leave one →
  1. flowerHoRN permalink
    5 June, 2009 pm

    HIDUP PM………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: