Skip to content

Siapa Timbalan Presiden PAS ? Keputusan Sekejap Lagi…

5 June, 2009

Nasib Husam, Nasha ditentu petang ini

Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

husam33

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut, dijangka boleh menggugat peluang Husam apabila mengalih undi exco kerajaan Kelantan itu kepadanya.

Perwakilan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS kira-kira 3.30 petang ini selepas persidangan ditangguhkan untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  – yang tidak dicabar – menyampaikan ucapan dasar bertemakan “Islam Memimpin Perubahan” di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.

Keputusan persaingan Husam dan Nasharuddin, yang dijangka diketahui malam ini, paling dinanti-nantikan oleh penyokong PAS dan pengamat politik nasional.

Husam dan Nasharuddin – dianggap mewakili dua aliran bertentangan antara masing-masing “kumpulan Erdogan” dan pro-muqabalah dengan Umno – akan mencorak masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dan strategi parti menjelang pilihanraya umum akan datang.

Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

http://www.malaysiakini.com
……………………………………………………………………………………………………………..

Info dari perisik rakyat menyatakan perwakilan sedang rancak mengundi sekarang.. mungkin 1 jam atau 2 jam lagi keputusan akan diketahui…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: