Skip to content

Aswad nikah Elly

6 June, 2009

BUKIT TENGAH: Selepas melayari alam percintaan selama dua tahun, Nur Ilina Mohd Tahir, 23, akhirnya sah bergelar isteri kepada bintang Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nur Aswad Jaafar, 29, atau lebih dikenali sebagai Aswad Line Clear di majlis akad nikah di sini, semalam.

BAHAGIA... Aswad memeluk Elly selepas majlis nikah
BAHAGIA… Aswad memeluk Elly selepas majlis nikah

Akad nikah dilakukan bapa pengantin perempuan, Mohd Tahir Doon pada jam 4.40 petang dengan disaksikan Kadi Daerah Bukit Mertajam, Radzi Senapi manakala Jaafar Othman dan Pauzi Yaakob sebagai saksi.

Aswad sah bergelar suami kepada Nur Ilina dengan hanya sekali lafaz.

Aswad bersama rombongan pengantin lelaki membawa mas kahwin RM1,001 dengan sebentuk cincin, wang hantaran sebanyak RM9,000 berserta 19 hantaran dibalas 21 hantaran daripada pihak perempuan.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, Aswad berkata, selepas dua tahun melayari alam percintaan dengan 1,001 satu cabaran, akhirnya semalam menjadi hari paling bahagia bagi mereka apabila sah bergelar suami isteri.

“Saya akan cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan mengharapkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya yang mengaku cukup gemuruh ketika detik akad nikah tetapi bersyukur ia berjalan dengan baik dan berakhir hanya dengan sekali lafaz saja.

Bagi Nur Illani atau Elly berkata, impian untuk bercinta dengan seorang artis tidak pernah diimpikan apatah lagi menjadi isteri.

Beliau berkata, sikap bertanggungjawab dan kejujuran yang ada di dalam diri Aswad menjadi daya tarikan sebelum mereka membuat keputusan sehidup semati sebagai sepasang suami isteri.

“Sebagai isteri saya faham banyak tanggungjawab perlu dilakukan apatah lagi Aswad anak yatim piatu dan sudah masanya saya memberikan kasih sayang sepenuhnya dan memberikan perhatian yang lebih sempurna kepadanya,” katanya,

Mengenai bulan madu pula, pasangan mempelai itu memilih Bandung, Indonesia sebagai lokasi namun tarikhnya masih dalam perancangan kerana selepas majlis perkahwinan masing-masing sibuk dengan tugasan.

Soal anak pula, Elly impikan anak kembar lelaki dan perempuan tetapi tidak meletakkan sebarang sasaran kerana segalanya kuasa Allah dan mereka hanya merancang dan Dia yang menentukan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: