Skip to content

Cabaran kepimpinan Pas

6 June, 2009

Muktamar Tahunan Pas ke-55 dianggap paling mendapat perhatian, bukan sekadar di kalangan ahli Pas malah seluruh khalayak politik tanah air termasuk lawannya tradisinya UMNO.

Perkembangan terbaru itu adalah susulan Pas berpeluang memerintah negeri-negeri di luar kubu tradisinya di Kelantan dan Terengganu bersama sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Trend terbaru dalam Pas pula ialah buat pertama kali dalam sejarah, ia menerima limpahan sokongan masyarakat bukan Islam sebagaimana disaksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada tahap ini, Pas menikmati kedudukan yang lebih baik iaitu mendapat ruang memerintah bersama PKR dan DAP di Selangor, selama 10 bulan di Perak selain dominan di Kedah dan kubu kuatnya di Kelantan.

Jika dahulu perwakilan dan ahli Pas berkampung di kawasan sempit di Taman Melewar, kini mereka boleh merasa bangga apabila Shah Alam dijadian venue muktamar – suatu yang mungkin tidak dibayangkan oleh ahli Pas satu ketika dahulu.

Di kala ini, Pas pastinya tidak dapat melupakan Allahyarham Datuk Fadhil Mohd. Nor yang membawa parti itu ke arus politik perdana melalui sokongannya kepada gerakan reformasi Anwar Ibrahim selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada parti dan kerajaan pada 1998.

Legasi Fadhil itu berterusan apabila pakatan pembangkang buat pertama kalinya meraih pencapaian terbaik pada pilihan raya umum lalu.

Namun, melalui tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP membuat Pas kini berada pada persimpangan sementalah kedudukannya sekarang disifatkan hanya menumpang ihsan DAP dan PKR.

Mengambil contoh kemenangan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada April lalu ternyata banyak disumbangkan oleh undi bukan Melayu atau lebih tepat adalah kerana jentera DAP.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: