Skip to content

Diana lanjut pengajian dalam bidang biosains

6 June, 2009

PUTRAJAYA: Aktres remaja popular, Diana Danielle, yang kini menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang, dekat sini, bakal bergelar graduan apabila melanjutkan pengajian dalam bidang biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, dekat sini, Julai depan.

Ibu artis berkenaan, Norsiah Ramli, berkata Diana yang akan tamat menjalani latihan PLKN pada 8 Julai ini sudah menerima tawaran daripada universiti berkenaan bulan lalu dan akan memulakan pengajian di kampus universiti itu di Semenyih.

“Diana akan belajar setahun setengah untuk pengajian asas biosains di Fakulti Sains universiti itu dan akan menyambung pengajian selama tiga tahun bagi peringkat ijazah di universiti sama,” katanya menerusi e-mel yang dikirim di sini, semalam.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Beeson, 18, yang popular dalam filem aksi ‘Revolusi KL Drift’ dan `Bohsia’ serta drama ‘Air Mata Maria’, mula menjalani latihan di kem PLKN itu pertengahan Mac lalu bersama-sama penyanyi Suki dan Aliff.

Di kem bina semangat itu, Diana yang juga anak tunggal diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Penghuluwati bagi pasukannya.

Norsiah berkata, selepas tamat pengajian asas di universiti itu, Diana akan menyambung pengajian di peringkat ijazah selama tiga tahun.

“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan sama ada Diana akan menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di kampus tetap di United Kingdom atau di cawangan universiti ini di Semenyih,” katanya.

Katanya, beliau amat berbangga apabila Diana bukan saja berjaya dalam bidang lakonan, tetapi juga dalam pelajaran.

“Saya mahu Diana bukan saja terkenal dalam lakonan, tetapi dapat menjadi contoh kepada remaja di negara ini apabila berjaya melanjutkan pengajian di universiti,” katanya.

Selain kejayaan dalam bidang lakonan, kisah Diana pernah menjadi topik hangat industri hiburan di negara ini apabila dia dikaitkan bercinta dengan Syamsul Yusof iaitu anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Bagaimanapun, kisah cinta mereka tidak berpanjangan apabila kedua-duanya terbabit dalam perselisihan faham pada 26 November lalu.

Mengikut laporan akhbar, Syamsul dikatakan menumbuk muka Diana, tetapi Diana sempat mengelak dan tumbukan itu terkena kepala dan telinganya.

Berikutan kejadian itu, Diana membuat laporan polis dan sejak itu hubungan kedua-dua mereka dingin.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: