Skip to content

Manohara: Polis tidak siasat

6 June, 2009

PUTRAJAYA 5 Jun – Polis tidak mempunyai asas untuk menyiasat dakwaan Manohara Odelio Pinot (gambar) bahawa dirinya dianiaya sepanjang perkahwinan dengan Tengku Temenggong Kelantan kerana tiada sebarang laporan diterima oleh kerajaan Malaysia.

Hishammuddin Tun Hussein bersama kakitangan serta pegawai Jabatan Penjara Malaysia pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga kini belum ada sebarang laporan difailkan kepada pihak berkuasa tempatan termasuk di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Bagaimanapun, jelas beliau, polis akan membuka kertas siasatan mengikut prosedur ditetapkan sekiranya menerima laporan mengenai dakwaan tersebut kerana tiada sesiapa pun di negara ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

”Kes ini dikendalikan di Singapura dan kita mahu juga mendengar sebarang maklum balas mengenainya.

”Tapi sehingga kini tiada sebarang laporan rasmi diterima termasuk pihak kedutaan kita di republik itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Hadir sama dua timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Anak Mersat serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Manohara pulang ke Indonesia pada 31 Mei lalu dari Singapura ketika beliau yang diberi gelaran Cik Puan Temenggong berada di negara itu menemani suaminya, putera ketiga Sultan Kelantan yang melawat ayahandanya di Hospital Mount Elizabeth.

Bekas model itu yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos lalu dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk kononnya berjaya melarikan diri daripada suaminya dengan mendakwa tidak tahan dianiaya.

Hishammuddin memberitahu, beliau memberi jaminan bahawa kes Manohara akan disiasat secara telus dan adil jika ada laporan dibuat.

Katanya, tiada seorang pun akan diberi layanan istimewa meskipun pihak tersebut berada di kedudukan tertentu dalam masyarakat supaya tidak berlaku sebarang penganiayaan.

Menurutnya, pihak media terutama dari negara asing seharusnya mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak mensensasikan kes Manohara kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia- Indonesia.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: