Skip to content

Maya nafi rahsia majlis pertunangan

6 June, 2009

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Meyanaliza Rusli (Maya), 33, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang ahli perniagaan, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, di rumahnya di Desa Pandan, di sini, kelmarin.

Majlis yang diadakan secara ringkas itu turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan yang sudah menjalin hubungan hampir empat tahun itu merancang melangsungkan pernikahan pada 26 Jun ini di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang, di sini.

Ketika dihubungi, penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Matahari itu menjelaskan, dia bukan mahu merahsiakan majlis diadakan sebaliknya bagi menghormati kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.

Mengenai tempoh pertunangan yang begitu singkat dan tidak sampai sebulan, katanya keluarganya mahu mengikut amanat yang diberikan arwah bapanya.

“Seperti yang diketahui umum saya pernah bertunang lama sebelum ini tetapi jodoh tidak kesampaian,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: