Skip to content

‘Pelukan tidak berahi’

6 June, 2009
Azizah duduk atas riba saya hanya beberapa saat
KONTROVERSI gambar panas dua pelakon drama bersiri popular, Spa Q musim kedua (Spa Q 2), Zaefrul Nadzarine Nordin, 43, dan Azizah Mahzan, 45, terus diperkatakan peminat lebih-lebih lagi apabila aksi Zaefrul yang dilihat seolah-olah memegang payu dara Azizah tersebar di internet, sekali gus menjadikan rating drama berkenaan di TV3 meningkat!


Perhatikan kedudukan tangan kanan Zaefrul.

Penulis berpeluang menemui Zaefrul di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Rabu lalu, ibarat orang mengantuk disorongkan batal apabila dia amat memberikan kerjasama bagi memberi penjelasan itu foto aksi panas itu.

“Keadaan gambar yang menunjukkan kemesraan antara saya dan Azizah (Mahzan) yang tersebar secara meluas di internet, tidak saya nafikan… memang itu gambar kami berdua. Jika tak salah saya, gambar mesra yang tersebar itu dirakamkan pada malam ketiga kami ikuti shooting Spa Q 2 di Pulau Langkawi.

Hari itu, kami shooting dari pagi sampai malam dan nak dijadikan cerita, pada malam itu juga adalah hari jadi Azizah. Jadi, di depan hotel kami, di depan pantai, kami dan semua tenaga produksi Spa Q 2 ada buat majlis keramaian untuk Azizah. Pada ketika itulah beberapa gambar mesra antara saya dan Azizah dirakamkan rakan produksi yang berada di situ.

Begitu juga gambar berpeluk antara saya dan Azizah yang dirakamkan di tepi pantai, semua itu berdekatan dengan set penggambaran di pantai berkenaan. Namun, orang tidak tahu, di sebalik gambar itu, sebelum dan selepas gambar itu diambil, saya juga bergambar berpeluk dengan tenaga produksi lain. Ketika shooting di Langkawi, ada tiga artis saja iaitu saya, Azizah dan Norish Karman.

Pun begitu, pada malam kami meraikan majlis hari jadi Azizah, Norish tidak bersama kami. Yang ada di tepi pantai malam itu hanya saya dan Azizah disertai ramai tenaga produksi. Tidak dinafikan, antara saya dan Azizah, kami mesra, namun tidak membabitkan sebarang perasaan, tak ada feeling langsung! Hubungan rapat antara saya dan Azizah seperti adik dan kakak kerana umur yang berbeza.

Saya fikir Azizah lebih berumur daripada saya, jadi apabila kami berpelukan, ia tidak mendatangkan rasa curiga antara kami. Saya tidak beraksi berpelukan dengan artis perempuan yang lebih muda daripada saya kerana ia boleh menimbulkan fitnah! Justeru, apabila saya memeluk Azizah, ia tidak memberahikan langsung! Apabila dengan aktres muda, saya tidak akan berbuat perkara sama kerana saya tahu batasannya.

Gambar duduk atas riba

Mengulas mengenai gambar Azizah duduk di atas riba saya, ia dirakamkan oleh seorang tenaga produksi yang bersama kami ketika itu. Gambar itu adalah gambar posing. Memang Azizah duduk di atas riba saya, namun untuk tujuan bergambar saja. Itupun tidak lama, hanya beberapa saat saja. Selepas bergambar, dia pun bangun. Tidaklah sampai sejam Azizah duduk di atas riba saya!

Mengenai botol arak mewah yang terdapat di dalam gambar yang sama, ia sebenarnya diletakkan atas meja panjang, ala-ala hidangan bufet. Pada masa sama, orang luar yang sama-sama meraikan majlis hari jadi Azizah, mereka minum arak yang disediakan dalam hidangan itu. Tapi, saya tak minum arak, sebaliknya mengambil minuman ringan!

Tidak cukup dengan gambar itu, turut disebarkan di dalam internet ialah gambar kononnya tangan saya memegang buah dada Azizah! Gambar itu juga dirakamkan pada malam yang sama. Kalau tak silap saya, ketika itu Azizah sedang duduk, tengah posing. Gambar itu apabila kita perhatikan betul-betul, daripada pandangan sisi depan, memang nampak seolah-olah saya sedang memegang buah dada Azizah, tapi gila, saya tak pegang!

Sebenarnya saya langsung tidak menyentuh buah dadanya! Saya hanya meletakkan tangan saya di atas bahu Azizah dan tangan saya tergantung betul-betul di depan buah dadanya, jadi apabila dilihat daripada pandangan sisi depan, nampak macam saya seolah-olah memegang buah dadanya. Saya masih waras, tak mungkin saya buat perkara seperti itu di depan orang ramai.

‘Azizah’ bukan taste saya’

Istilah yang mengatakan kemesraan saya dan Azizah keterlaluan, saya tak setuju kerana kalau mesra ia kadang-kala membabitkan perasaan, sebaliknya saya akui, perhubungan kami rapat seperti adik beradik. Terus-terang saya katakan di sini, kalau kami tak berlakon sama, memang kami tak berjumpa. Justeru, perhubungan rapat kami hanya terjalin di lokasi penggambaran Spa Q 2 ini saja.

Gambar mesra yang dirakamkan itu mungkin disebabkan terlampau ghairah menggambarkan keakraban kami, tapi kalau nak kata terbitnya perasaan antara kami, memang tak pernah berlaku! Demi Allah, memang tak pernah wujud perasaan! Semua tenaga kerja Spa Q 2 yang hampir lima bulan kami bekerjasama, tahu tahap keakraban kami, paling penting, isteri saya, Adelina Ridzuan juga tahu sejauh mana perhubungan saya dan Azizah.

Mungkin agak keterlaluan kata-kata saya ini, tapi terus-terang saya katakan, Azizah bukan ‘taste’ saya. Saya bersama isteri, alhamdulillah kami bahagia, dia muda dan cantik. Jadi, apabila timbul isu yang mendakwa saya dan Azizah bercinta, saya tak melenting sebab saya tahu tahap perhubungan kami, kadang-kala ia agak lucu juga.

Tak dinafikan, Adelina marah dengan saya sebab satu perkara, kenapa gambar seperti itu boleh tersebar? Maksudnya tak perlulah kami bergambar melampau sangat, sebaliknya dia tahu, antara saya dan Azizah memang tak ada apa-apa hubungan istimewa. Sekalipun gambar itu menampakkan kemesraan yang mungkin keterlaluan, namun Adelina tahu sejauh mana keakraban saya dan Azizah. Adelina turut mengenali Azizah secara rapat.

Isteri nasihat supaya bersabar

Sebenarnya apabila berlakunya situasi seperti ini, isteri saya banyak memberi sokongan dan kekuatan. Dia mahu saya terangkan kepada pihak media massa apa yang sebenarnya berlaku kerana jika terus-terusan orang beranggapan negatif terhadap saya, ia akan memberi impak kepada kerjaya lakonan saya. Saya nak membina nama mengambil masa bertahun-tahun, tapi apabila orang nak meranapkan nama kita, satu saat saja!

Cara saya mengawal situasi ini, tenang. Tapi, isteri saya beranggapan saya sedih, sebab itu dia minta saya banyak bersabar. Mengenai Azizah pula, bagi saya dia seorang yang berfikiran terbuka. Tapi, ada juga beberapa kenyataan Azizah tidak menampakkan dia seorang pelakon berpengalaman, mungkin dari segi itu, saya agak terkilan dengannya.

Sebelum ini belum pernah ada isu Azizah dikaitkan dengan mana-mana lelaki, memang perwatakan Azizah, dia mudah mesra. Ketika kami shooting di Langkawi, babak Azizah tak banyak, rasanya tiga saja, selebihnya membabitkan saya dan Norish. Apabila tidak terbabit dengan penggambaran, dia tetap bersama kami, dia suka ambil gambar.

Namun, apabila berlakunya situasi seperti ini, saya tidak menyalahkan orang lain sekalipun dari hari pertama saya tahu penyebaran gambar berkenaan adalah angkara ‘orang dalam’. Tapi, saya tak mahu ambil pusing siapa yang terbabit. Sepatutnya saya sendiri yang harus mengawal keadaan, saya menyalahkan diri sendiri kerana membenarkan keadaan berlaku, tak peka apabila gambar mesra kami dirakam.

Minta maaf pada peminat

Saya sewajarnya lebih berhati-hati, saya seorang artis dan berstatus suami, sepatutnya gambar berpeluk dengan Azizah, saya tak boleh ambil, situasi itu saya terlepas pandang. Sekalipun kami rapat, kami tak boleh bergambar seperti itu, kita di Malaysia. Saya ada terbaca di dalam blog, pada suatu ketika peminat meminati lakonan saya, tapi sekarang mereka membenci saya.

Saya harus minta maaf kerana bagi saya situasi ini satu kesalahan. Namun, saya reda dengan apa yang berlaku. Sebagai manusia, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tidak menafikannya apabila berlaku perkara seperti ini, sedikit sebanyak ia mencalar imej.

Tapi, pada satu sudut lain, saya difahamkan selepas berlakunya kontroversi ini, rating Spa Q 2 di TV3 naik! Kami menjadi fokus dalam Spa Q 2 kerana watak kami sebagai pasangan kekasih. Tapi, apabila tersebarnya gambar panas kami, saya tak marah, sebaliknya kesal disebabkan kesilapan sendiri.

Tetapi yang membuatkan saya benar-benar marah ialah dengan kenyataan penerbit Muzikal Ibu Zain musim kedua, Siti Rohayah Attan yang mendakwa saya digugurkan dari pementasan berkenaan. Kalau boleh saya nak dia menghubungi saya! Ini adalah satu penipuan daripada pihaknya. Dia tahu, saya sendiri menarik diri sebulan sebelum gambar panas ini tersebar!

Bagi saya, Siti Rohayah mengambil kesempatan atas kontroversi yang berlaku ke atas diri saya untuk mempromosikan teater berkenaan. Saya tahu dia tidak akan memperbetulkan kenyataannya kerana dia ego! Kenyataan Siti Rohayah kepada media massa mengatakan saya tidak dikekalkan dalam Muzikal Ibu Zain kerana terbabit dengan isu moral dan gambar panas, bagi saya ia satu pembohongan!

Sekali lagi saya minta maaf kepada semua. Jangan terus menghukum saya, berilah saya peluang memperbaiki kesilapan diri. Maafkanlah saya…”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: