Skip to content

Sejam derita dalam tandas

6 June, 2009

KAKI kiri Norlaila Sarah yang membengkak selepas ditarik keluar dari mangkuk tandas di rumahnya di Taman Pelindung Maju, Kuantan semalam.








KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut sehingga paras paha dalam mangkuk tandas di rumahnya di Taman Pelindung Maju di sini semalam.

Sewaktu kejadian pukul 11.40 pagi, Norlaila Sarah Marzuki yang mengidap autisme sedang dimandikan dan ditinggalkan seketika oleh ibunya yang mengambil tuala mandi.

Ibunya, Norhaya Japar (gambar), 39, terkejut mendengar suara anaknya menangis dan mendapati Norlaila sudah terduduk di atas mangkuk tandas.

Dalam keadaan panik, dia cuba menarik keluar kaki anaknya itu tetapi gagal dan terpaksa mendapatkan bantuan.

Sepasukan enam anggota Bomba dan Penyelamat Kuantan dan beberapa kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tiba pada kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membantu.

Usaha mereka menyapu minyak masak pada kaki mangsa untuk memudahkan ia ditarik keluar juga gagal.

Kaki kanak-kanak itu akhirnya berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 1 petang selepas disapu dengan sejenis gel yang digunakan untuk rawatan kecemasan dalam ambulans.

Norhaya bersyukur kerana Norlaila tidak mengalami kecederaan teruk, cuma bengkak pada kakinya itu. Dia dibawa ke HTAA untuk rawatan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: